omniture

Honor Perkenal Telefon Pintar Terbaik dalam Kelas Dengan Pelancaran Honor 8X

Honor
2018-10-08 09:21 1457

- Honor 8X tetapkan standard tertinggi dalam ciri-ciri unggulan menyeluruh pada harga tiada tandingan

PARIS dan MADRID, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, melancarkan penambahan terkini dan paling hebat kepada barisan siri-X, Honor 8X pada 3 Oktober. Bermula dengan 5X, 6X, 7X dan kini 8X, telefon siri-X Honor sentiasa berdedikasi untuk menyediakan nilai terbaik kepada pelanggan arif, dengan teknologi, ciri dan gaya yang canggih, namun pada harga yang amat mampu milik. Honor 8X ialah pencapaian penting dalam siri tersebut, memperluas reputasi proposisi nilai yang luar biasa yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana telefon pintar unggulan. Pada Honor 8X, pelanggan mendapat konfigurasi sofistikated Paparan Notch FullView 6.5-inci dengan nisbah-skrin-kepada-badan 91% dan teknologi cip-pada-filem (COF) berserta senarai ciri unggul yang komprehensif.

Sorotan utama Honor 8X termasuk:

  • Dwikamera AI dengan fotografi tangkapan waktu malam super
  • Cip set Kirin 710  baharu (pertama seumpamanya bagi telefon Honor)
  • Telekomunikasi AI
  • Prestasi bateri yang elit
  • Reka bentuk minimalis menggamit tumpuan
Produk KV Honor 8X
Produk KV Honor 8X

Reka bentuk estetika dalam badan telefon yang nipis dan elegan, terlaksana dengan cip-pada-filem (COF)

Honor terus menerobos sempadan, berusaha menawarkan ciri-ciri unggulan sebaik mungkin untuk pengguna yang menjaga peruntukan. Honor 8X menggunakan kerangka tengah logam yang dilengkapi dengan teknologi COF termaju dan reka bentuk antena berpaten, di samping turut mengguna pakai badan kaca aurora dwitekstur 2.5D dengan kesan yang kasar, memberikan wajah dan rasa yang elegan serta licin. Telefon pintar ini didatangkan dengan tiga warna menarik: biru, hitam dan merah.

Tiga warna Honor 8X
Tiga warna Honor 8X

Honor 8X ialah telefon pintar pertama seumpamanya yang didatangkan lengkap dengan mod keselesaan mata generasi baharu yang diperakui oleh TUV Rheinland, ciri yang dapat mengurangkan radiasi cahaya biru yang dipancarkan oleh skrin bagi mengelakkan keletihan mata.

Kamera AI hebat, dengan tangkapan waktu malam super yang memukau

Honor 8X mempunyai kamera belakang dwikanta 20M + 2M dan kamera menghadap depan 16M. Kamera-kamera ini mempunyai AI yang mengenali 22 kategori berbeza dan 500 senario pada waktu nyata. Teknologi AI mengoptimumkan penetapan kamera dan meningkatkan kualiti foto mengikut apa yang ditangkap oleh pengguna.

Dwikamera AI Honor 8X
Dwikamera AI Honor 8X

Mod tangkapan malam baharu didayakan oleh teknologi AI mengelakkan kekaburan foto apabila mengambil gambar waktu malam di bawah pendedahan maksimum 6 saat, meskipun dengan tangan yang goyang. Sama ada anda merupakan seorang jurugambar profesional atau jurugambar amatur, dengan Honor 8X sesiapa jua dapat menghasilkan tangkapan gambar malam yang mengagumkan. Secara keseluruhan, ia merupakan telefon pintar yang membolehkan anda mengambil foto terbaik dengan mudah tanpa mengira persekitaran mahupun pencahayaan, agar anda dapat mengimbau detik tersebut.

Tangkapan foto Honor 8X
Tangkapan foto Honor 8X

Prestasi luar biasa dipacu oleh teknologi cip set terkini

Cip set Kirin 710 okta-teras memberikan prestasi cemerlang pada Honor 8X. Berbanding generasi terdahulu, prestasi teras-tunggal CPU meningkat sebanyak 75%. Honor 8X mempunyai GPU Mali G51, yang ditingkatkan dengan turbo GPU revolusioner. Prestasi GPU keseluruhan ditingkatkan sebanyak 130% berbanding generasi terdahulu, memberi pengalaman luar biasa kepada pemain yang cerewet.

Cip set Kirin 710 Honor 8X
Cip set Kirin 710 Honor 8X

Honor 8X mempunyai ROM 128GB dan menyokong kad SD mikro yang boleh diperluas sehingga 400GB. Antara muka pengguna pintar EMUI 8.2 bukan sahaja memastikan sistem beroperasi dengan lancar, tetapi turut membawakan ciri-ciri baharu seperti pengecaman wajah di bawah cahaya malap dan realiti imbuhan (AR) yang menyeronokkan. Honor 8X mempunyai teknologi penjimatan tenaga pintar dan bateri 3750mAh yang dapat bertahan selama lebih satu hari dengan sekali pengecasan.

Telekomunikasi AI tingkatkan ketersambungan dan kualiti suara

Honor 8X menggunakan Komunikasi AI terkini untuk mengesan isyarat lemah secara automatik atau senario gangguan yang kuat serta menyelaraskan isyarat dan kualiti suara apabila anda menggunakan telefon anda. Sekiranya seorang individu berada dalam persekitaran yang bising, seperti di stesen kereta api bawah tanah atau angin yang kencang, telefon pintar ini akan mengenali hingar latar belakang dan mendayakan fungsi pembatalan bunyi AI bagi meningkatkan kualiti suara dan membolehkan perbualan yang lebih jelas. Komunikasi AI juga dapat mengesan variasi dari segi kekuatan isyarat seperti di dalam lif, memulihkan dengan pantas sambungan 4G kepada kelajuan maksimum sebaik sahaja anda keluar dari lif, agar anda tidak ketinggalan apa-apa.

En. George Zhao, Presiden Honor, berkata: "Dengan Honor 8X yang baru diperkenalkan, Honor bersedia untuk mencapai penanda aras baharu dari segi keseimbangan antara nilai, reka bentuk dan prestasi. Honor 8X bukan sekadar memenuhi keperluan pelanggan kami, ia menonjolkan kemajuan ke hadapan yang mengagumkan dalam teknologi telefon pintar, memusnahkan konvensyen lama mengenai apa yang boleh dicapai, sambil mengekalkan tumpuan kukuh terhadap nilai estetika reka bentuk. Honor 8X ialah kemunculan indah terhadap minimalisme, model pencapaian dan kebijaksanaan tumpuan yang menggamit perhatian. Ia merupakan perintis yang menonjolkan bahawa ciri-ciri unggulan tidak memerlukan kompromi."

Harga dan Ketersediaan

Honor 8X baharu dipasarkan mulai hari Rabu, 3 Oktober di tiga negara termasuk Perancis, Itali dan Sepanyol. Honor 8X akan disediakan di lebih banyak negara lewat tahun ini.

Pasaran

Memori

Harga

Ketersediaan

Perancis

4GB + 64GB

EUR249.90

3 Oktober 2018

 

 

 

4GB + 128GB

EUR299.90

Itali

4GB + 64GB

EUR269.90

4GB + 128GB

EUR299.90

Sepanyol

4GB + 64GB

EUR249.00

4GB + 128GB

EUR299.00

Latar Belakang Honor 

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

Perhubungan media:
Shawn Li, lixiao53@huawei.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2257595-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2257595-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2257595-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2257595-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181005/2257595-1-e

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications New products/services