omniture

Minum Dengan Berbeza: Tiga Trend Bakal Jadi Tumpuan Suapan Berita pada 2019, Menurut WORLD CLASS

WORLD CLASS
2018-10-08 12:22 905

BERLIN, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Dunia berada di ambang revolusi koktel. Hampir seperempat daripada semua warga Amerika menikmati minuman koktel apabila keluar bersama rakan-rakan [1], sebagaimana yang dilakukan oleh hampir satu perlima daripada pengguna UK[2]. Sejak lapan tahun lalu, Minggu Koktel London, iaitu festival minuman yang terbesar di dunia, telah meningkat saiznya lebih empat kali ganda menjadi lebih 230 bar dan 30,000 penggemar koktel [3]. Tahun ini, para pelayan bar dari lebih 56 negara menjelajah ke Berlin sempena ulang tahun kesepuluh WORLD CLASS, salah satu pertandingan seni pembuatan minuman koktel (bartending) yang terbesar di dunia. Hasil daripada zaman pembaharuan koktel ini ialah penekanan baharu terhadap kualiti berbanding kuantiti.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Hujung minggu ini, tatkala golongan elit dalam seni pembuatan koktel bersaing di Berlin bagi merebut gelaran Pelayan Bar WORLD CLASS Terbaik Tahunan, panel yang terdiri daripada pakar-pakar rasa yang terkemuka di dunia, anjuran Pembuat Koktel Global Diageo, Lauren Mote, turut melibatkan legenda seni pembuatan koktel Jeffrey Morgenthaler, raja koktel melalui Instagram Elliott Clark (turut dikenali sebagai Apartment Bartender), Claire Smith Warner, Ketua Jenama Baharu di Seedlip (minuman beralkohol bersuling tanpa alkohol yang pertama di dunia) dan Pelayan Bar World Class Terbaik Tahun 2012, Tim Phillips-Johansson, membincangkan masa depan minuman yang akan terlakar pada tahun 2019.

1. Koktel Rendah ABV dan Tanpa ABV

Mungkin agak aneh untuk penggemar-penggemar koktel menyebutkan dengan begitu bersemangat mengenai faedah istimewa minuman rendah alkohol atau tanpa alkohol, namun demikian tahun 2019 bakal menyaksikan begitu banyak koktel rendah ABV dan tanpa ABV baharu. Minuman beralkohol tanpa alkohol, Seedlip semakin menunjukkan kejayaannya sejak dilancarkan pada tahun 2016. Pilihan tanpa alkohol khususnya popular dalam kalangan pengguna lebih muda, dengan 46% daripada mereka berusia kurang daripada 35 tahun cenderung memesan mocktail, berbanding hanya 16% daripada mereka melebihi usia 35 tahun[4].

Semua ini berkenaan keinginan terhadap pilihan; untuk mempunyai pilihan minuman bagi sebarang majlis tanpa menjejaskan rasanya. Jenama, pengadun dan pelayan bar sentiasa menegaskan bahawa rasa ialah kuncinya dan pilihan koktel rendah alkohol membolehkan pengguna menikmati rasa sambil mengawal pengambilan alkohol mereka. Menjelang tahun 2019, WORLD CLASS menjangkakan untuk melihat suasana ini berkembang pesat, tatkala trend global ke arah kesejahteraan terus mendapat sambutan.

Claire Smith Warner menambah: "Terdapat kesedaran yang semakin meningkat terhadap koktel sebagai suatu pengalaman yang sama rumit dan peka seperti hidangan makanan dan lebih ramai individu ingin turut serta. Ia bukan tentang menggantikan koktel beralkohol sama sekali; ia mengenai pelayan bar yang mencuba dan menambah lebih banyak pilihan rendah ABV ke dalam koleksi koktel mereka."

2. #MyCocktail 

Budaya koktel semakin memuncak dan hari ini, mana-mana pakar pengadun dapat menghasilkan pelbagai koktel yang rumit tanpa ragu-ragu. WORLD CLASS menawarkan beberapa idea bagaimana untuk menjadikan suatu minuman menonjol.

Ramai yang beralih kepada media sosial dan generasi baharu 'drinkstagrammers' (pengguna Instagram untuk minuman) telah muncul, membawakan keghairahan baharu terhadap pembuatan koktel dan mendekati audiens yang mungkin belum pernah terlibat sebelum ini. Elliott Clark (@apartment_bartender), berkata: "Bagi individu seperti saya yang tiada pengalaman rasmi dalam membuat minuman koktel, media sosial memulakan industri yang begitu hebat ini dan menyediakan outlet kreatif untuk terlibat dan berinteraksi dengan komuniti minuman yang lebih luas. Namun demikian, paling utama, ia mencabar pelayan-pelayan bar berpengalaman untuk berfikir dengan cara berbeza dan mencabar diri mereka secara kreatif."

Pada tahun 2019, rupa minuman akan sama penting dengan rasanya. Pengiktirafan oleh media sosial memainkan peranan penting dalam tabiat minum pengguna lebih muda[5], dan hasilnya, jenama-jenama dan para pelayan bar akan terus mencuba untuk membawakan koktel mereka dan juga capaian sosial mereka ke tahap serba baharu.

3. Mengekalkan Momentum

Industri minuman turut terkesan dengan gerakan antipembaziran dan pengguna semakin prihatin terhadap tanggungjawab sosial. Sebanyak 73% daripada golongan milenia menyatakan kesanggupan mereka berbelanja untuk lebih banyak produk daripada jenama-jenama lestari[6]. Bar-bar terkemuka akan melakukan sehabis daya bagi mengurangkan pembaziran, menghentikan penggunaan bahan mudah rosak dan menukarkan bahan lebihan menjadi koktel mesra alam yang inovatif.

Tim Philips-Johansson berkata: "Mungkin kelihatan aneh memandangkan kami menjual alkohol sebagai mata pencarian, namun demikian para pelayan bar inginkan yang terbaik untuk pelanggan dan alam sekitar kami. Kami inginkan dunia kami menjadi lebih sejahtera dan ini bermakna membuat keputusan dengan kesedaran demi mempengaruhi haluan yang dituju oleh dunia secara positif."

Ketua Global World Class, Emily Wheldon, menambah: "Sama ada minuman beralkohol campuran Johnnie Walker atau Zacapa Old Fashioned, minuman yang kelihatan dan mempunyai rasa hebat memberi sumbangan untuk menjadikan dunia yang lebih baik akan menjadi tumpuan.

"Boleh jadi minuman itu rendah alkohol atau tanpa melibatkan pembaziran, namun demikian, sekiranya rasanya tidak hebat, orang ramai tidak akan membelinya. Atas sebab itulah semua jenama Reserve kami seperti Tanqueray No. TEN, Bulleit and Talisker, bekerjasama erat dengan pelayan-pelayan bar untuk menghasilkan minuman beralkohol yang mengutamakan keperluan mereka. Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan bakat terbaik dalam perniagaan ini tatkala trend ini berkembang."

Layari makeitworldclass.com atau Instagram WORLD CLASS untuk resipi enak, video cara membuatnya dan bagi mendapatkan maklumat berkaitan mengenai semua trend terkini.

 

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Trade show news