omniture

Aeroflot Sahkan Status Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang dalam Penarafan Syarikat Penerbangan Rasmi APEX

Aeroflot
2018-10-08 14:03 1455

MOSCOW, 8 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Aeroflot sekali lagi diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang di Anugerah APEX, yang berlangsung pada 24 September di Boston. Status ini, pertama kali diberikan kepada Aeroflot pada tahun lalu, kini telah dilanjutkan sehingga tahun 2019.

Syarikat Penerbangan Global ialah kategori paling berprestij dalam Penarafan Syarikat Penerbangan Rasmi APEX, meliputi syarikat-syarikat penerbangan dengan sejumlah besar pesawat badan lebar dan jaringan laluan global. Hanya 25 syarikat penerbangan mendapat status Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang, daripada hampir 500 pembawa seluruh dunia yang dianalisis melalui maklum balas penumpang tanpa nama berdasarkan jadual perjalanan yang disahkan. Kategori-kategori lain termasuk Syarikat Penerbangan Serantau Utama, Syarikat Penerbangan Pengulang Alik dan Pembawa Berkos Rendah.

"Pengesahan status Syarikat Penerbangan Global Lima Bintang kami oleh salah sebuah persatuan penerbangan yang terkemuka di dunia merupakan pengiktirafan kepada kualiti perkhidmatan kami yang unggul dan kedudukan kukuh kami dalam industri syarikat penerbangan global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot Vitaly Saveliev. "Anugerah daripada APEX ini penting khususnya untuk kami memandangkan ia mencerminkan pandangan berjuta-juta penumpang di seluruh dunia yang memilih untuk terbang bersama Aeroflot dan menikmati piawaian perkhidmatan kami yang sentiasa cemerlang. Kami terus berusaha memenuhi dan melangkaui jangkaan penumpang kami dan mempertahankan status kami sebagai syarikat penerbangan global berkualiti tertinggi."

APEX (Persatuan Pengalaman Penumpang Syarikat Penerbangan) ialah sebuah pertubuhan berpangkalan di AS yang terdiri daripada syarikat penerbangan yang terkemuka di dunia, pembekal industri, kumpulan media utama dan pemimpin industri penerbangan yang berkaitan dan berdedikasi untuk menilai kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan serta meningkatkan pengalaman penumpang.

Awal tahun ini, APEX menamakan Aeroflot sebagai Syarikat Penerbangan Global Terbaik di Eropah dan mengurniakannya dengan anugerah Keselesaan Tempat Duduk Terbaik di Eropah.

Latar Belakang Aeroflot 

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 146 destinasi dalam 52 negara.

Kumpulan 248 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2017, Aeroflot membawa 32.8 juta penumpang (50.1 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur untuk kali ketujuh pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/

Source: Aeroflot
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel