omniture

Orlando Marzo Australia Dinobat Pelayan Bar Terbaik Dunia

WORLD CLASS
2018-10-10 08:11 438

BERLIN, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Ulang tahun ke-10 Pertandingan Global beri gegaran terunggul kepada arena koktel

Orlando Marzo, dari restoran Lûmé yang diperakui di Melbourne, dinamakan sebagai pelayan bar terbaik dunia oleh pertandingan seni pembuatan minuman koktel (bartending) yang terbesar di dunia, Pelayan Bar Global Terbaik Tahun 2018 WORLD CLASS.

generated by system

generated by system

Orlando mengalahkan lebih 10,000 pelayan bar dari setiap pelosok dunia dalam pertandingan yang mencakupi lima benua, sepanjang enam bulan, melibatkan ratusan cabaran dan koktel yang tidak terkira banyaknya. Ia memuncak dalam pusingan akhir selama empat hari, yang mana sebanyak 56 pelayan bar terbaik dalam bidang tersebut bersaing dalam tempat tumpuan budaya global di Berlin.

Berusaha menghasilkan minuman koktel sehingga ke peringkat akhir bukanlah suatu yang mudah dicapai oleh pelayan bar terkemuka ini, namun demikian, koktel beliau yang membuahkan hasil benar-benar mengagumkan para hakim. Pembuat Koktel Diageo Global dan hakim WORLD CLASS, Lauren Mote, berkata: "Kesemua finalis telah memberikan yang terbaik, namun Orlando berada pada suatu tahap yang lain. Aperitif Zacapa yang dihasilkan beliau untuk cabaran 'Before and After' ('Sebelum dan Selepas') merupakan salah satu yang terbaik yang pernah saya nikmati dan cara beliau memastikan agar beliau tetap tenang dalam pusingan akhir 'Cocktail Clash', bagi saya, itulah petanda pelayan bar WORLD CLASS yang sebenar."

Jadi, bagaimana beliau melakukannya? Kerja keras dan pasukan bar di tempat asal yang memberi sokongan luar biasa, menurut pemenang yang baru dinobatkan itu. "Saya tidak percaya!" kata Orlando, "Peluang berada di sini, bersaing bersama pelayan-pelayan bar terbaik dunia, dihakimi oleh antara nama-nama yang paling ikonik dalam bidang ini ialah peluang sekali seumur hidup, namun untuk saya benar-benar meraih kemenangan? Saya masih terkejut. Saya tidak mungkin dapat melakukannya tanpa sokongan pasukan tempat asal saya yang hebat, mereka telah bersorak untuk saya dalam setiap peringkat pertandingan!"

Tahun 2018 merupakan ulang tahun ke-10 WORLD CLASS dan para tetamu dalam Pusingan Akhir tahun ini di Berlin disajikan dengan persembahan yang luar biasa. Di ibu kota eklektik yang terkenal dengan suasana bar yang canggih, trend ditetapkan, usaha baharu dipelopori dan sempadan bidang pengadunan minuman (mixology) dimajukan ke hadapan berbanding sebelum ini. Pertandingan tersebut bermula pada hari Jumaat 5 Oktober, tatkala berpuluh-puluh pakar pengadun terbaik dunia berhimpun dalam acara terbesar dalam kalendar pembuatan minuman koktel. Pada hari Isnin, setelah melalui cabaran hujung minggu yang melelahkan, seramai 56 pesaing disingkirkan menjadi empat finalis, yang memanfaatkan setiap kemahiran dalam persiapan membuat minuman koktel untuk digunakan dalam peringkat akhir 'Cocktail Clash'.

Standard tahun ini benar-benar luar biasa, namun Orlando menonjol sebagai yang terbaik daripada yang terbaik. Berbekalkan jenama-jenama Reserve milik Diageo yang memenangi anugerah, beliau berjaya mengagumkan pihak hakim, membawa seni pembuatan minuman koktel mampan lebih jauh berbanding sebelum ini dalam cabaran 'Better Drinking' ('Minuman Lebih Baik') Ketel One dan menguasai kedudukan tertinggi dalam pusingan 'Flavours of a Nation' ('Citarasa sebuah Negara') menerusi campuran inovatif beliau dalam Johnnie Walker Black Label Highball klasik. Untuk memuktamadkan pertandingan tersebut, beliau berdepan dengan pesaing-pesaing lain dalam Pusingan Akhir 'Cocktail Clash' dan mendapat tepukan gemuruh menerusi satu demi satu ciptaan yang menggamit perhatian.

Orlando mempunyai tahun yang hebat di hadapannya - beliau akan berpeluang untuk menjelajah ke seluruh dunia sebagai wakil Diageo, membuat minuman tempahan khas di lokasi-lokasi jauh yang eksotik dan menghakimi pertandingan. Beliau akan disenaraikan dalam barisan mereka yang terbaik dalam industri, menjadi ahli ke-10 dalam Dewan Kemasyhuran WORLD CLASS.

Emily Wheldon, Ketua Global WORLD CLASS, berkata: "Sempena ulang tahun ke-10 WORLD CLASS, kami mempunyai misi untuk menjadikan Pusingan Akhir Global ini sebagai yang terbesar dan terbaik seumpamanya dan ia tidak mengecewakan! Budaya koktel terus mendominasi dan sepanjang empat hari lalu di Berlin, finalis WORLD CLASS telah menetapkan standard untuk tahun akan datang. Lokasinya adalah luar biasa, cabarannya lebih inovatif dan menarik berbanding sebelum ini dan bakat yang dipamerkan tidak dapat ditandingi. Matlamat WORLD CLASS adalah untuk menginspirasikan orang ramai agar menitikberatkan minuman sama seperti yang mereka lakukan terhadap makanan dan kami semestinya berjaya mencapai matlamat tersebut di sini pada hujung minggu ini!"

WORLD CLASS mempunyai misi untuk menginspirasikan orang ramai untuk minum dengan lebih baik dan membentuk masa depan tabiat minum, sama ada di rumah mahupun di bar. Sekiranya anda terinspirasi untuk minum dengan lebih baik, layari http://www.theworldclassclub.com atau WORLD CLASS Facebook community, membolehkan anda mencari resepi-resepi yang berjaya daripada finalis tahun ini untuk dicuba di rumah.

Sumber: WORLD CLASS

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Food/Beverages Awards