omniture

Ningbo adakan karnival antarabangsa tingkatkan pertukaran budaya Jalur & Jalan

Ningbo Nice Carnival Organizing Committee
2018-10-10 08:15 1204

NINGBO, China, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Para pelancong ke Ningbo menikmati pesta kebudayaan Cina-Perancis pada hari cuti Cina sepanjang minggu baru-baru ini tatkala Karnival Antarabangsa Ningbo-Nice 2018 diadakan di bandar pelabuhan di wilayah Zhejiang, timur China. Ia dibuat mengikut gaya "Karnival Antarabangsa Nice" bandar Nice, Perancis, yang merupakan salah satu karnival terbesar dan paling terkenal di dunia dengan sejarah selama lebih 700 tahun dan tersenarai dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO.

Sebagai acara rasmi bagi Tahun Pelancongan EU-China 2018, Karnival Antarabangsa Ningbo-Nice 2018, yang membuka tirai pada 28 September dan berakhir pada 3 Oktober, berjaya menarik lebih 150,000 penduduk dan pelancong untuk mengalami acara asli dengan citarasa Eropah yang digabungkan dengan ciri-ciri Ningbo selain turut mendapat liputan daripada ratusan rakan media dari dalam dan luar negara.

Dengan menggabungkan unsur-unsur budaya Ningbo dengan gaya asli Perancis, Karnival Ningbo-Nice mempersembahkan budaya Ningbo yang unik kepada semua peserta dan audiens global melalui laporan media.

Karnival Ningbo-Nice melakar kejayaan dalam sebuah bandar yang begitu indah menerusi semangat penduduk dan kecekapan yang tinggi di sini, kata Rudy Salles, naib datuk bandar Nice.

Karnival tersebut merupakan usaha terkini Ningbo untuk melaksanakan Inisiatif Jalur dan Jalan yang dicadangkan oleh China dan menjadi lambang penting untuk pertumbuhan selanjutnya bandar ini sebagai destinasi pelancongan dan libur antarabangsa.

Dengan perarakan besar-besaran, acara berkenaan turut mengadakan Pertandingan Duta Imej Pelancongan Bandar Ningbo, Festival Makanan China-Perancis dan Pertunjukan Lampu Bandar sebagai aktiviti-aktiviti sokongan.

Source: Ningbo Nice Carnival Organizing Committee
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel