omniture

JA Solar Terus Promosi Pembangunan Tenaga Baharu di Australia

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-10-10 23:12 1712

BEIJING, 10 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd., pengeluar terkemuka dunia bagi produk-produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan ia telah membekalkan semua modul solar kepada South Australian Water Corporation ("SA Water") untuk projek fotovolta pantai 4.14MW. Projek ini ialah sebahagian usaha SA Water untuk mencapai kos kuasa elektrik bersih sifar, yang amat penting dalam mempromosi pembangunan tenaga baharu di Australia.

SA Water mengendalikan lebih 27,000 kilometer saluran bekalan air dan menyediakan perkhidmatan air kepada lebih 1.7 juta pelanggan di seluruh Australia Selatan. SA Water mempunyai antara penggunaan tenaga tertinggi di negeri ini, justeru bil penggunaan elektrik yang tinggi dikenakan. Modul-modul PV JA Solar akan digunakan dalam loji kuasa fotovolta Loji Rawatan Air Hope Valley SA Water, Loji Rawatan Air Kumbahan Glenelg dan Loji Rawatan Air Kumbahan Christies Beach untuk menyediakan tenaga andal serta bersih yang digunakan untuk pengangkutan selamat air minuman bersih dan rawatan air kumbahan. Projek ini sedang dibangunkan oleh Enerven Energy, subsidiari milik penuh SA Power Networks. Pengalaman industri yang luas dan tumpuan yang besar syarikat terhadap kualiti memberi jaminan kejayaan penyelesaian projek ini.

Varians suhu bermusim yang besar di Australia Selatan menuntut keperluan ketat terhadap prestasi modul PV, termasuk toleransi salin-alkali, suhu tinggi dan rintangan suhu sejuk melampau. Modul-modul PV JA Solar mempunyai rintangan kakisan serta prestasi rintangan PID yang cemerlang, menawarkan jaminan kukuh memastikan kestabilan sistem loji kuasa dan mengoptimumkan penjanaan kuasa.

En. Baofang Jin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, berkata, "JA Solar komited terhadap penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran besar-besaran modul PV berkecekapan tinggi. Kami berharap dapat menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada lebih ramai pelanggan serta mempromosi pembangunan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Xiaorui Sun 
+86-10-6361-1888 x1698 
bj.sunxr@jasolar.com

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities