omniture

Ahli-ahli WISPA Undi Cambium Networks Pemenang Anugerah Industri Terkemuka

Cambium Networks
2018-10-11 01:17 1625

Diiktiraf oleh ISP Tanpa Wayar sebagai peneraju untuk Pengeluar Terbaik Tahunan

ROLLING MEADOWS, Illinois, 11 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, dianugerahkan Pengeluar Terbaik Tahunan sebagaimana yang diundi oleh ahli-ahli Persatuan ISP Tanpa Wayar (WISPA). Cambium Networks kini telah memenangi anugerah ini selama dua tahun berturut-turut.

WISPA Members Vote Cambium Networks Winner for Top Industry Award
WISPA Members Vote Cambium Networks Winner for Top Industry Award

"Penyedia perkhidmatan Internet (ISP) Tanpa Wayar berada di kedudukan utama dalam menyediakan ketersambungan jalur lebar di seluruh dunia. Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh para pelanggan pengendali rangkaian kami. Pandangan dan maklum balas mereka terhadap teknologi kami telah memainkan peranan penting dalam membangunkan 'fabrik tanpa wayar' bagi penyelesaian tanpa wayar hujung-ke-hujung yang berpatutan dan berkualiti tinggi yang menyediakan pinggir pintar kepada rangkaian mereka," kata Atul Bhatnagar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks.

"Bagi memenuhi kehendak pelanggan akhir terhadap lebar jalur, WISP perlu memberikan daya pemprosesan lebih tinggi dalam spektrum yang rendah," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk untuk Cambium Networks. "Kami berasa sukacita untuk menerima pengiktirafan ini. Pelancaran produk kami yang paling terkini menunjukkan kepada WISP di serata dunia bahawa Cambium Networks terus melabur dalam pembangunan penyelesaian baharu demi menyediakan fungsi ketersambungan yang andal dan berpatutan untuk menghubungkan orang ramai, tempat dan benda."

Cambium Networks mendemonstrasikan penyelesaiannya di WISPAPALOOZA di Las Vegas minggu ini, di reruai #635.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan antara orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus dalam menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Perhubungan Media:
Sara Black
Bospar
213.618.1501
sara@bospar.com

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/766767/Cambium_Networks_WISPA_Award.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

 

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Awards Trade show news