SINGAPURA dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 11 Oktober 2018 /PRNewswire/ --
AntWorks, sebuah syarikat AI dan pengautomatan pintar global, mengumumkan perkongsiannya hari ini dengan iNVATERRA, pemimpin pemikiran dalam transformasi AI.
iNVATERRA menyediakan pengautomatan sebagai fasa awal dalam perjalanan transformasi ke arah AI dan masa depan yang dipacu data untuk pelanggannya. Ini disusuli dengan pelan tindakan transformasi dan penyepaduan teknologi utama, pembangunan tersuai dan bakat generasi akan datang. Dengan memanfaatkan AntWorks, iNVATERRA akan menyediakan penyelesaian yang akan menyemarakkan inovasi perusahaan untuk mereka memulakan perjalanan AI.
AntWorks menakrifkan semula lanskap industri pengautomatan dengan platform unik yang dikenali sebagai ANTstein[TM] – yang pertama dan satu-satunya platform pengautomatan hujung-ke-hujung, pintar dan bersepadu yang dibangunkan menggunakan prinsip-prinsip sains fraktal. Perjalanan pengingesan data kepada proses perniagaan tanpa pengecualian dilengkapkan dengan lancar menerusi penggunaan platform AntWorks ANTstein[TM] yang menggunakan enjin Pembacaan Mesin Kognitif proprietarinya, modul RPA rendah kod, tanpa kod dengan Pembelajaran Mesin terbenam dalam seluruh platform berkenaan.
"Bagi iNVATERRA, perkongsian AntWorks merupakan kemuncak bagi penilaian dan pelaksanaan instrumen Pengautomatan dan RPA yang berbeza selama bertahun-tahun. Teknologi AntWorks adalah jauh lebih unggul berbanding platform RPA lain yang menggabungkan Pengautomatan dengan Pengingesan Data dan AI," kata Aaron Hennig, Presiden, iNVATERRA. "Dengan AntWorks, iNVATERRA akan memulakan perjalanan transformasi AI pelanggan kami. Hasrat kami bukanlah untuk bekerjasama dengan semua pengusaha. Sebaliknya, kami bekerjasama dengan teknologi terbaik yang membantu pelanggan kami dan membolehkan kami membina nilai dalam seluruh Perjalanan AI."
Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, berkata, "Dalam ANTstein[TM], kami mempunyai platform berkuasa untuk menangani salah satu cabaran terbesar dalam industri - data tidak berstruktur. Melalui jalinan kerjasama dengan iNVATERRA, AntWorks akan menyediakan laluan yang dipercepatkan ke arah Perusahaan Digital untuk pelanggan iNVATERRA. Teknologi kami dan kepakaran AI iNVATERRA serta akses kepada bakat akan mendayakan perjalanan ini tidak seperti mana-mana perkongsian lain di luar sana."
Latar Belakang AntWorks
Penyelesaian AntWorks memanfaatkan pelengkap bagi teknologi AI dan RPA untuk membantu perusahaan mengautomasi dengan berkesan demi meningkatkan produktiviti, menyediakan tempoh ke pasaran yang lebih singkat dan memberi kegembiraan kepada pelanggan di samping mengurangkan kos. AntWorks berjaya melaksanakan penyelesaian untuk pelbagai industri di seluruh dunia.
Latar Belakang iNVATERRA
iNVATERRA ialah sebuah firma Transformasi AI dan Perkhidmatan IT. Perjalanan transformasi AI iNVATERRA bermula dengan Pengautomatan Pintar, kemudiannya mencipta pelan tindakan bertumpu AI dan akhirnya mendayakan pelan tindakan berkenaan dengan instrumen, teknologi, individu serta proses.
Hubungi:
Dexter Villota
Dexter.villota@ant.works