omniture

GAC Motor atasi semua jenama Cina dalam IQS China J.D. Power Asia Pasifik

GAC Motor
2018-10-12 22:10 1708

GUANGZHOU, China, 12 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pengeluar automobil terkemuka di China, mempertahankan gelarannya sebagai jenama Cina berkedudukan paling tinggi dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik buat enam tahun berturut-turut. Turut tersenarai dalam penarafan ini, GS8 GAC Motor yang meraih kedudukan teratas dari segi kualiti bagi segmen pasaran SUV besar.

Laporan IQS tahunan J.D. Power ialah penunjuk pasaran bagi kualiti kenderaan, mengiktiraf jenama-jenama dan produk-produk automobil berprestasi unggul melalui penilaian oleh puluhan ribu pengguna.

GAC Motor atasi semua jenama Cina dalam IQS China J.D. Power Asia Pacific dengan kualiti produk dan perkhidmatan tekal
GAC Motor atasi semua jenama Cina dalam IQS China J.D. Power Asia Pacific dengan kualiti produk dan perkhidmatan tekal

GAC Motor telah mengekalkan kedudukannya sebagai jenama auto Cina berkedudukan teratas buat tahun keenam berturut-turut. Pengiktirafan oleh J.D. Power Asia Pasifik ini menunjukkan kualiti produk dan perkhidmatan GAC Motor yang tekal serta mengesahkan statusnya sebagai peneraju dalam industri automobil Cina.

Selain kedudukan teratasnya dalam IQS terkini, GAC Motor turut menerima mata tertinggi (653) buat tahun kedua berturut-turut dalam Indeks Kepuasan Jualan 2018 (SSI) J.D. Power China dalam bulan Julai, seraya mengesahkan kualiti produk terkemuka jenama ini selain piawaian jualan dan perkhidmatan yang tinggi.

GAC Motor dinamakan jenama Cina terkemuka dalam IQS China J.D. Power Asia Pacific selama enam tahun berturut-turut
GAC Motor dinamakan jenama Cina terkemuka dalam IQS China J.D. Power Asia Pacific selama enam tahun berturut-turut

Sejak syarikat ini ditubuhkan 10 tahun lalu, GAC Motor meletakkan penekanan kukuh terhadap empat kualiti yang mendayakan syarikat ini untuk mengusahakan produk berkualiti tinggi yang melangkaui jangkaan pelanggan – kualiti reka bentuk yang menarik, kualiti meyakinkan untuk komponen auto, kualiti pembuatan andal dan kualiti perkhidmatan yang menggembirakan. Untuk mencapai semua ini, GAC Motor bekerjasama erat secara mendalam dengan 18 rakan kongsi pembekal utama yang strategik di seluruh dunia dalam bidang-bidang seperti komponen auto, pembangunan produk, perkongsian teknologi, kawalan kos dan peluasan pasaran.

Jenama ini dibekalkan oleh vendor-vendor utama dunia termasuk Bosch, Denso, Continental, Aisin dan Magna, yang menjamin kualiti bekalan komponen auto global GAC Motor, teknik-teknik dan sistem pengurusan kualiti yang canggih.

GAC Motor melaksanakan sistem kawalan kualiti yang ketat dengan matlamat untuk mencapai "kerosakan sifar", meliputi semua rangkaian dalam pembuatan kenderaan bermula dengan reka bentuk, pengeluaran, logistik, jualan hinggalah kepada perkhidmatan selepas jualan.

GS8 GAC Motor duduki kedudukan teratas dalam penarafan kualiti bagi segmen pasaran SUV besar
GS8 GAC Motor duduki kedudukan teratas dalam penarafan kualiti bagi segmen pasaran SUV besar

Dengan meningkatkan kedudukan syarikat dalam segenap perspektif bermula dengan produk kepada penjenamaan dan perkhidmatan, GAC Motor akan terus menumpu pada strategi untuk terus menambah baik operasi dan pengurusan serta berkembang dengan baik untuk menjadi jenama bertaraf dunia dan syarikat bertaraf global.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan serta jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263536-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263536-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181011/2263536-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation