SHANGHAI, 15 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Huawei telah melancarkan Program Pemerkasaan Pembangun AI di HUAWEI CONNECT 2018. Program ini akan membantu Huawei bekerjasama dengan pembangun, rakan kongsi, universiti, dan institusi penyelidikan. Huawei akan menggunakan program ini untuk membina ekosistem pembangunan yang lebih baik yang dapat menyokong sumber AI, platform, kursus, dan penyelesaian bersama. Huawei berhasrat untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina ekosistem AI yang mampu milik, berkesan, boleh dipercayai, dan inklusif.
Menurut Zheng Yelai, naib presiden Huawei dan presiden Huawei Cloud BU, Program Pemerkasaan Pembangun AI Huawei menawarkan platform bagi komunikasi teknikal, latihan bakat dan inovasi kepada pemaju, tutor dan rakan kongsi Huawei.
Bagi Pembangun, program ini meliputi yang berikut:
- Latihan pengenalan percuma selama 20 jam
- Kem latihan AI pembangun baru selama tiga minggu
- Pertandingan pembangun AI
- Kem inkubasi inovasi untuk bakat terkemuka bagi membantu mengubah kejayaan R&D menjadi aplikasi komersil
Huawei akan menyokong rakan-rakan kongsinya dengan:
- Membangunkan penyelesaian bersama berdasarkan platform pengkomputeran AI Huawei dan platform pembangunan bagi mempromosikan aplikasi AI dalam pelbagai industri
- Membangunkan pakatan promosi AI bagi membina makmal inovasi bersama
- Menyediakan 1000 set persekitaran pembangunan percuma, termasuk modul dan papan pembangunan
- Menyediakan 20+ rakan kongsi pertama dengan sumber pakar, penyelesaian bersama yang disokong, dan sokongan tambahan bagi pelancaran produk AI dan pelaksanaan teknikal
- Berkongsi sumber-sumber pasaran dengan rakan-rakan kongsi, dan bekerjasama rapat bagi mengembangkan lagi pasaran
Bagi universiti dan institusi penyelidikan, pelan pembangunan bakat AI Huawei termasuklah:
- Melabur lebih 140 juta USD (termasuk sumber AI HUAWEI CLOUD dan suit AI) dalam pendidikan bakat AI.
- Bekerjasama dengan universiti dan institut penyelidikan saintifik untuk membangunkan kursus AI, menerbitkan buku teks dan menyokong penyelidikan saintifik serta latihan bakat.
- Membantu universiti dan institut penyelidikan membina kolej dan institut AI, membantu dalam membina makmal AI dan mengambil bahagian dalam program berkaitan AI yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.
- Membantu universiti melatih guru AI. Para pelajar boleh mengambil peperiksaan untuk mendapatkan sijil AI Huawei.
- Menyokong penyertaan universiti menjadi komuniti terbuka awan Huawei, dan membina platform untuk komunikasi antara universiti, institut penyelidikan dan pakar AI Huawei.
- Menawarkan kepada universiti dan institusi penyelidikan kuasa dan teknologi pengkomputeran di platform AI Huawei, untuk mempromosikan penyelidikan saintifik dan penerokaan dalam bidang AI.
- Pada masa ini, Huawei telah mula membangunkan bakat AI di lapan universiti di China, termasuk Institute for Interdisciplinary Information Sciences of Tsinghua University, University of Science and Technology of China, Zhejiang University, Shanghai Jiao Tong University, Nanjing University, Southeast University, Xidian University, dan Institute of Acoustics of the Chinese Academy of Sciences.
Latar Belakang Huawei
Huawei ialah penyedia global utama infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com.