omniture

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pilih pembina pasaran terkemuka Arcadier atasi penyakit tak berjangkit seluruh dunia

Arcadier
2018-10-16 07:00 1105

SINGAPURA, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Arcadier, pembina pasaran dalam talian yang beribu pejabat di Singapura, telah dipilih oleh Defeat-NCD Partnership (Penyakit Tak Berjangkit) Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perkhidmatan Projek (UNOPS) sebagai rakan kongsi untuk Defeat-NCD Marketplace mereka.

The Arcadier Defeat-NCD Marketplace development team
The Arcadier Defeat-NCD Marketplace development team

Pasaran dalam talian akan membolehkan bekalan NCD penting yang menjimatkan dan berkesan kepada program NCD negara di negara yang rendah sumber. NCD meragut lebih 41 juta nyawa setiap tahun, bersamaan dengan 71% jumlah semua kematian di seluruh dunia.

Dijangka akan dilancarkan pada akhir suku pertama 2019, Defeat-NCD Marketplace akan tersedia kepada pembeli yang mendapat kelulusan awal, termasuk agensi kerajaan dan kumpulan bukan kerajaan, yang akan dapat membekalkan bekalan NCD. Mempunyai bekalan di pasaran swasta global akan membolehkan negara-negara untuk menyatukan kuasa beli mereka; dengan harga yang lebih rendah yang terhasil daripada kecekapan yang lebih tinggi dalam perancangan, pembuatan dan rantaian bekalan.

Arcadier berhasrat untuk melaksanakan pasaran di 100 negara yang miskin sumber dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Enam negara rintis yang mewakili Asia Tenggara, Afrika, Eropah Tengah dan Amerika, akan dapat membeli bekalan yang mendapat kelulusan awal dan menjalani latihan mengenai sistem tersebut. Arcadier akan membuka pejabat baharu di Eropah dan Afrika Timur untuk menjalin usaha antara operasi Afrika miliknya dan PBB.

Dr Mukesh Kapila, Ketua Eksekutif Defeat-NCD Partnership, berkata: "Dunia sedang menuju ke arah digitalisasi dan PBB sentiasa mencari teknologi baharu untuk menyelesaikan isu-isu utama dunia. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Arcadier untuk mewujudkan Defeat-NCD Marketplace, yang akan mengurangkan halangan dan kos dalam pengedaran ubat-ubatan, diagnostik dan peralatan berkaitan NCD yang dijamin berkualiti, ke tempat yang paling memerlukan, dengan cepat dan boleh dipercayai. "

Pasaran ini adalah berasaskan platform Arcadier, yang telah dibangunkan sejak tahun 2013 dan digunakan untuk membuat lebih daripada 7,000 pasaran di lebih 130 negara.

Bercakap mengenai pengumuman ini, Dinuke Ranasinghe, Ketua Pegawai Eksekutif Arcadier, berkata, "Perkongsian ini menambah keupayaan operasi yang mantap kepada pasukan kami dan secara efektif menukar kami daripada penyedia pasaran kepada syarikat teknologi yang mengurus dan mengendalikan pasaran dalam talian global dengan potensi beribu-ribu SKU daripada beratus-ratus penjual yang akan memberi impak kepada kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kami yakin bahawa pengalaman yang kami miliki dalam mengusahakan pasaran-pasaran komersil di seluruh dunia akan memimpin kami ke arah kejayaan dalam projek ini. "

Hubungan Media

Kenneth Low
Perhubungan Awam untuk Arcadier
press@arcadier.com
www.arcadier.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181012/2264910-1

Source: Arcadier
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Pharmaceuticals Contracts Public Safety