omniture

Suning akan ambil bahagian aktif dalam Ekspo Import Antarabangsa China

Peruncitan Pintar Tingkat Permintaan Import
Suning Holdings Group
2018-10-16 09:13 1314

NANJING, China, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Suning Holdings Group ('Suning'), syarikat gergasi perusahaan Cina yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia akan terlibat secara aktif dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dan mengadakan 'Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan Global Suning 2018' pada 6 November.

CIIE, yang akan bermula pada 5 November di Shanghai, ialah ekspo bertema import yang pertama diadakan oleh kerajaan Cina. Menurut laman sesawang rasminya, CIIE ialah acara ekspo pertama China yang dijangka akan memberikan sokongan padu terhadap liberalisasi perdagangan dan globalisasi ekonomi serta membuka pasaran Cina kepada dunia dengan aktif. Sejumlah 2,800 syarikat dari kesemua 20 negara anggota G20, serta 50 negara dan wilayah di sepanjang "Jalur dan Jalan" akan mengambil bahagian dalam ekspo ini.

Sebagai perusahaan runcit pintar terkemuka di China, Suning telah menjalin kerjasama jangka panjang dengan pelbagai jenama antarabangsa dan mempelopori pengimportan produk-produk berkualiti tinggi khususnya perkakas elekronik, untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Cina sepanjang dua dekad lalu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Suning telah meneroka cara baharu untuk mencipta dan mendapatkan produk-produk lebih berkualiti demi menampung peningkatan permintaan daripada penambahbaikan penggunaan China. Di CIIE, Suning akan meneroka kemungkinan untuk menjalin kerjasama selanjutnya dengan jenama-jenama luar negara dan menjangka ia akan menemui rakan-rakan kongsi berpotensi. 

Bulan lalu, Suning mengumumkan 'Rancangan Perolehan Global 2018-2020' yang bertujuan untuk meluaskan skop pembeliannya dan membawakan barangan serta perkhidmatan berkualiti tinggi ke seluruh dunia.

Sun Weimin, Naib Pengerusi Suning.com, berkata: "Kami merancang untuk mengimport barangan bernilai 10 bilion euro dalam dua tahun akan datang. CIIE menyediakan platform sempurna buat kami untuk bertemu dengan sebanyak mungkin jenama yang menarik. Semasa acara ini, kami menjangka akan mengimport sekurang-kurangnya 1,000 jenis produk dan perkhidmatan yang masih belum lagi dijual dalam pasaran tempatan."

Suning telah dilantik secara rasminya oleh pihak kerajaan untuk membantu dalam perekrutan syarikat-syarikat yang mengadakan pameran dan telah berjaya mengundang rakan-rakan kongsi jangka panjangnya seperti A.O Smith, Whirlpool dan Metcash, antaranya,, untuk hadir. FC Internazionale Milano, diambil alih oleh Suning pada tahun 2016 dan LAOX, salah satu peruncit barangan elektronik terbesar di Jepun, akan mengadakan pameran di Kawasan Pameran Perdagangan Perkhidmatan. FC Internazionale Milano bakal menjadi satu-satunya kelab bola sepak yang hadir di CIIE.

Pada 6 November, Suning akan mengadakan 'Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan Global Suning 2018' bagi menghimpunkan pengusaha-pengusaha industri runcit termasuk rakan-rakan kongsi dan perusahaan-perusahaan runcit, selain daripada pegawai-pegawai kerajaan, untuk berkongsi pandangan serta bertukar-tukar prospek tentang industri runcit, membincangkan peluang baharu yang dibawa oleh usaha China untuk mengembangkan import luar negara bagi perdagangan global barangan dan perkhidmatan serta membahaskan bagaimana model runcit China akan menyumbang kepada pembangunan bersama untuk kedua-dua jenama tempatan dan antarabangsa.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China yang terkemuka dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news