omniture

Jardine Schindler lancar pusat latihan keenam di Yangon, Myanmar

Schindler Group
2018-10-16 19:45 922

HONG KONG, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Myanmar Jardine Schindler Limited, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Jardine Matheson dan Schindler Group telahpun merasmikan pusat latihannya di bandar raya Yangon minggu lalu pada 13 Oktober 2018. Ini menandakan pusat latihan keenam milik Jardine Schindler Group di rantau Asia Tenggara sejak kemudahan pertama ditubuhkan di Vietnam pada tahun 2016.

"Pusat latihan ini memperlihatkan komitmen jangka panjang Schindler terhadap aspek keselamatan dan kualiti bagi menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang melalui juruteknik-juruteknik yang terlatih secara profesional. Ini merupakan elemen penting dalam memacu pertumbuhan mampan di Myanmar," kata Wai Sam Wong, Pengarah Urusan Myanmar Jardine Schindler Limited.

Dari kiri ke kanan: En. Wai Sam Wong, Pengarah Urusan Myanmar Jardine Schindler Ltd.; U Aye Ko, Timbalan Pengarah untuk Mandalay daripada Kementerian Industri-industri; En. Rene Kunz, Pengarah Teknikal dan Sokongan Lapangan Jardine Schindler Group; Dr. Jurg Benz, Ketua Misi bagi Kedutaan Switzerland di Myanmar; En. Peter Beynon, Pengerusi Negara Jardine Matheson menghadiri Majlis Perasmian.
Dari kiri ke kanan: En. Wai Sam Wong, Pengarah Urusan Myanmar Jardine Schindler Ltd.; U Aye Ko, Timbalan Pengarah untuk Mandalay daripada Kementerian Industri-industri; En. Rene Kunz, Pengarah Teknikal dan Sokongan Lapangan Jardine Schindler Group; Dr. Jurg Benz, Ketua Misi bagi Kedutaan Switzerland di Myanmar; En. Peter Beynon, Pengerusi Negara Jardine Matheson menghadiri Majlis Perasmian.

Dengan kerjasama Kedutaan Switzerland, Schindler mula menubuhkan program teknikal vokasionalnya di Myanmar pada tahun 2015. Meneruskan dedikasi ini demi pembangunan individu, kemudahan latihan termaju Schindler akan menawarkan pengalaman latihan yang lebih komprehensif. Sebagai kemudahan latihan profesional lif dan eskalator yang pertama di Myanmar, ia menyediakan dua bangunan dengan keluasan lantai melebihi 7,000 kaki persegi, dua syaf latihan lif, satu eskalator, dua simulator, sebuah bilik pameran produk serta lima kelas pengajaran.

Dr. Jurg Benz, Ketua Misi bagi Kedutaan Switzerland di Myanmar mengucapkan tahniah kepada syarikat kerana mengambil satu lagi langkah berani ke hadapan dalam membangunkan kemahiran teknikal kakitangannya serta memperkukuh perkongsian antara Myanmar Jardine Schindler dan Pusat untuk Program Latihan Vokasional di bawah Kedutaan Switzerland.

Peter Beynon, Pengerusi Negara Myanmar Jardine Matheson menyatakan bahawa Schindler ialah perintis dalam mempromosi inisiatif-inisiatif pembangunan sedemikian, bukan sahaja dalam industri eskalator dan lif, tetapi juga dalam perniagaan-perniagaan asing di negara tersebut.

Kemudahan ini adalah amat kritikal kepada syarikat untuk "menarik dan mengekalkan bakat terbaik sebagai pemimpin-pemimpin masa depan kami serta pakar-pakar fungsian," kata Rene Kunz, Pengarah Teknikal dan Sokongan Lapangan Jardine Schindler Group semasa majlis perasmian pusat latihan baharu itu.

Pusat Latihan dilengkapi dengan dua syaf lif dan satu eskalator untuk melatih jurutera dan juruteknik lapangan tentang kaedah-kaedah pemasangan terkini, proses-proses penyelenggaraan serta piawaian keselamatan.
Pusat Latihan dilengkapi dengan dua syaf lif dan satu eskalator untuk melatih jurutera dan juruteknik lapangan tentang kaedah-kaedah pemasangan terkini, proses-proses penyelenggaraan serta piawaian keselamatan.

Melangkah ke tahun 2019, sepuluh jurulatih utama yang diperakui akan berupaya menyampaikan kursus-kursus kepada hampir 300 juruteknik, penyelia, pengurus projek, kontraktor serta perantis untuk syarikat.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang Myanmar Jardine Schindler
Myanmar Jardine Schindler Limited ditubuhkan pada tahun 1999, dan merupakan operasi Myanmar bagi Schindler Group yang berpangkalan di Switzerland, penyedia mobiliti bertaraf global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan yang berkaitan.

Myanmar Jardine Schindler Limited ialah syarikat lif dan eskalator terkemuka di Myanmar. Beribu pejabat di Yangon, syarikat kini menggaji lebih tiga ratus kakitangan yang menjalankan operasi di lima cawangan, menyediakan perkhidmatan kepada tiga belas daripada empat belas negeri serta bahagian di Myanmar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181015/2267671-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181015/2267671-1-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

Source: Schindler Group
Keywords: Construction/Building Corporate Expansion