NEW YORK, 16 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- CyberScout dengan gembiranya mengumumkan perkongsian baharu dengan Länsförsäkringar, kumpulan syarikat insurans milik pelanggan yang menyediakan insurans peribadi, komersial, haiwan peliharaan dan hayat, selain perkhidmatan bank, nyawa dan pencen di seluruh Sweden.
Ditubuhkan pada tahun 1843, Länsförsäkringar ialah penanggung insurans bersama bukan hayat yang terbesar di Sweden, dengan bahagian pasarannya melebihi 30 peratus. Kumpulan ini terdiri daripada 23 syarikat yang bekerjasama antara satu sama lain untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tertinggi dalam segala aspek bermula dengan insurans kepada perbankan, yang sentiasa memberi tumpuan kukuh terhadap khidmat pelanggan.
Perkongsian ini akan menandakan pelancaran produk insurans siber perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) baharu Länsförsäkringar. Perkongsian ini akan menyediakan perkhidmatan kepada polisi jenis komersial untuk perniagaan bersaiz kecil dan sederhana, dengan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan secara berperingkat-peringkat bermula pada 1 September 2018 dengan pelaksanaan penuh sepanjang enam bulan berikutnya.
Perkhidmatan pendidikan dan respons ketirisan yang mantap oleh CyberScout akan ditambah ke dalam tawaran Länsförsäkringar, termasuk talian bantuan 24/7 yang menghubungkan pelanggan dengan pakar-pakar resolusi siber dalam bahasa Sweden. Sokongan atas permintaan CyberScout dapat membantu meminimumkan natijah ketirisan dan pasukan ketirisan CyberScout akan bekerjasama rapat dengan pasukan tuntutan Länsförsäkringar bagi menjamin perjalanan tuntutan pelanggan yang lancar.
Pengumuman perkongsian ini menandakan kemasukan Länsförsäkringar dalam insurans siber yang kini tepat pada masanya dengan adanya GDPR. Länsförsäkringar ialah salah satu jenama yang paling dipercayai di Sweden, sebahagian besarnya kerana mereka sentiasa memperkasa pelanggan dalam proses membuat keputusan. Dengan tumpuan berfokus pelanggan, CyberScout ialah rakan kongsi sempurna untuk tawaran produk baharu ini.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Länsforsäkringar bagi membawakan produk serba baharu kepada pasaran Sweden," kata Pengarah Bahagian Pasaran Global CyberScout, Tom Spier. "LF telah melihat risiko-risiko jelas terhadap perniagaan kecil-kecilan pasca GDPR dan memberi reaksi terhadap hal ini dengan menyatakan bahawa perlindungan siber adalah amat penting dan mereka akan menyokongnya dalam setiap polisi PKS. Peluasan global CyberScout menandakan bahawa kami merupakan yang pertama menembusi banyak pasaran di seluruh dunia dan inisiatif ini memperlihatkan kesinambungan daripada usaha ini."
"Kami berasa amat gembira dengan perkongsian bersama CyberScout," kata Maria Munkby, Ketua Jabatan Liabiliti di Länsförsäkringar Sak. "Kecekapan CyberScout dan pengalaman mereka dalam bidang ini digabungkan dengan hakikat bahawa mereka merupakan pihak yang mudah untuk bekerjasama menjadikan mereka sebagai pilihan cemerlang untuk kami berganding bahu bersama-sama. Memandangkan kami mempunyai tumpuan pelanggan yang kukuh, mereka juga bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam bahasa Sweden. Ia sesuatu yang penting buat kami."
Latar Belakang CyberScout
CyberScout menetapkan piawaian emas untuk perkhidmatan pertahanan identiti dan data—bermula daripada perlindungan proaktif kepada pendidikan dan resolusi yang berjaya. Sejak tahun 2003, CyberScout menggabungkan pengalaman di lapangan dengan perkhidmatan peribadi sentuhan tinggi bagi membantu pelanggan komersial dan individu meminimumkan risiko dan memaksimumkan pemulihan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.CyberScout.com.
Latar Belakang Länsförsäkringar
Länsförsäkringar Alliance adalah unik dalam pasaran bank dan insurans Sweden. Sebanyak 23 syarikat insurans serantau milik pelanggan menjalin kerjasama, menggabungkan kebolehan syarikat kecil-kecilan untuk beradaptasi terhadap pelanggannya menerusi kekuatan syarikat besar. Kesemua syarikat mempunyai pangkalan tempatan yang kuat dalam pasaran tempatan individu dan tidak mempunyai kepentingan pemilikan selain kepentingan pelanggan mereka sendiri. Kesemua yang dibangunkan dalam bentuk produk, konsep dan sokongan sistem adalah berasaskan semata-mata kepada keperluan pelanggan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.lansforsakringar.se.