omniture

Codewise Lantik Dr. John Malatesta Ketua Pegawai Eksekutif

Codewise
2018-10-17 16:03 848

Pengasas Syarikat Robert Gryn Sebagai Pengerusi Lembaga            

PALO ALTO, California, 17 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Codewise, penyedia pertama industri penyelesaian pengukuran dan pengurusan iklan dalam talian dikuasakan AI untuk pemasar digital, yang diiktiraf oleh Financial Times sebagai salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di Eropah, hari ini mengumumkan ia telah melantik Dr. John Malatesta, 46, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, menggantikan Robert Gryn, 32, Ketua Pegawai Eksekutif pengasas Codewise. Malatesta mengekalkan peranan sebelumnya sebagai presiden dan ketua pegawai pendapatan dan pemasaran. Gryn telah dilantik Pengerusi Lembaga Codewise. Pelantikan eksekutif baharu ini berkuatkuasa serta merta.

John Malatesta (left) and Robert Gryn (right)
John Malatesta (left) and Robert Gryn (right)

Sebagai pemimpin perniagaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Malatesta membawakan lebih daripada 22 tahun pengalaman pengurusan perniagaan dalam industri perisian, di mana beliau memegang beberapa peranan kepimpinan kanan di beberapa syarikat PKS dan Fortune 500.        

"John merupakan pemimpin yang tepat untuk Codewise," kata Gryn. "Latar belakang eksekutifnya yang luas, serta pengetahuannya mengenai awan pemasaran dan bidang Pengurusan Pengalaman Pelanggan, akan memberikan peningkatan yang besar kepada usaha-usaha yang sedang dilaksanakan oleh Codewise bagi mengukuhkan kedudukan kepimpinannya dalam industri-industri AdTech dan MarTech yang semakin menumpu. Tambahan pula, pengalaman pengurusan umumnya yang mantap dan amat teliti akan membuka babak baharu dalam sejarah Codewise, membantu kami untuk benar-benar menerapkan prinsip pertumbuhan mampan dan inovasi dipacu pelanggan tatkala kami berkembang dalam kes-kes penggunaan baharu, segmen pasaran dan kawasan. Satu lagi kriteria penting bagi saya ialah John sememangnya sesuai dengan transformasi budaya Codewise, berkembang menjadi sebuah syarikat matang yang meneraju pasaran. Sejak menyertai Codewise, John telah menunjukkan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah, teknologi dan kepakaran perniagaan kami dan pada masa yang sama turut memahami ekosistem pelanggan yang sentiasa berubah. Bagi mengharmonikan dua dimensi ini, John telah memulakan transformasi operasi dan strategik yang mendalam yang bertujuan untuk menerapkan kehampiran pelanggan dan kecemerlangan operasi dalam DNA kami. Kami amat bernasib baik memiliki seseorang yang berkedudukan tinggi seperti John untuk mengetuai pasukan pengurusan kami, yang membolehkan saya mendedikasikan lebih banyak masa saya untuk membangunkan perhubungan dengan organisasi perniagaan antarabangsa, menyokong agenda akauntabiliti dan pematuhan AdTech dan untuk mengejar impian saya untuk membantu dan memperkasakan para usahawan yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia secara aktif, berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang membantu saya membina salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di dunia. "         

"Saya amat berbesar hati untuk memimpin Codewise ke fasa seterusnya bagi inovasi yang dipacu pemusatan pelanggan dan pertumbuhan yang didorong oleh kecemerlangan operasi," kata Malatesta. "Robert Gryn bukan sahaja telah membina salah sebuah syarikat yang paling pesat berkembang di Eropah, tetapi beliau benar-benar telah merevolusikan industri pemasaran prestasi dengan idea dan produknya yang berwawasan. Hasil usaha beliau dan kumpulan Codewise yang sangat berbakat dan inovatif, pemasar digital bagi ribuan jenama dan agensi di seluruh dunia telah dapat memaksimumkan ROI pengiklanan mereka melalui platform Ad Exchange dan platform Online Ads Measurement and Optimization (Pengukuran dan Pengoptimuman Iklan Dalam Talian) kami yang terkemuka di industri. Menjadikan kejayaan ini sebagai asasnya, kami kini akan membawa Codewise ke tahap serba baharu perancangan dan pelaksanaan yang mengutamakan pelanggan dan disiplin operasi, mengukuhkan model pertumbuhan boleh diskala yang boleh berulang dan memberikan lebih nilai kepada pelanggan dan pekerja kami."                

John Malatesta ialah Doktor Ekonomi dan merupakan ahli pelbagai organisasi perniagaan antarabangsa yang terkemuka. Sebelum pelantikan ini, beliau memegang pelbagai peranan kepimpinan dan eksekutif di IBM, Accenture, Sun Microsystems, Oracle, Kaspersky Lab, Schneider Electric dan Socialbakers.            

Latar Belakang Codewise
Diasaskan pada tahun 2011, Codewise ialah penyedia pertama dalam industri penyelesaian pengukuran dan pengurusan iklan dalam talian didayakan AI untuk pemasar digital. Pada tahun 2017 dan 2018, Codewise diiktiraf sebagai salah satu syarikat teknologi yang paling pesat berkembang di Eropah, menurut Financial Times, Statista dan Deloitte. Penyelesaian Codewise membantu beribu-ribu perniagaan di 190 negara untuk menjejak, mengukur dan mengoptimumkan berbilion-bilion dolar perbelanjaan pengiklanan, meningkatkan kecekapan dan ROI mereka. Codewise kini menjejak lebih $2.5 bilion perbelanjaan iklan digital bagi beberapa jenama dan agensi iklan terbesar dunia, termasuk perbelanjaan iklan sebanyak $400 juta di Facebook. Ketahui lebih lanjut di codewise.com.              

Hubungi perhubungan awam: media@codewise.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/767594/Codewise_new_execs.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/659010/Codewise_logo1_Logo.jpg

Source: Codewise
Keywords: Advertising Computer/Electronics Personnel announcements