omniture

Mandarin Orchard Singapore raih kemenangan kedua sebagai Hotel Mewah Terbaik-Asia Pasifik di Anugerah Readers' Choice Travel Weekly Asia 2018

Mandarin Orchard Singapore
2018-10-18 00:08 1205

SINGAPURA, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ikon hospitaliti Asia Mandarin Orchard Singapore dinamakan sebagai Hotel Mewah Terbaik - Asia Pasifik di Anugerah Readers' Choice Travel Weekly Asia 2018.

Dianjurkan oleh Travel Weekly Asia, bahan penerbitan perdagangan pengembaraan yang terkemuka di Asia, majlis gala anugerah tahun ini diadakan di Mandarin Orchard Singapore dan dihadiri oleh lebih 100 pemimpin hospitaliti dari seluruh Asia Pasifik. Menu hidangan malam disajikan khas oleh cef-cef daripada restoran dua bintang Michelin Shisen Hanten by Chen Kentaro, yang kini merupakan restoran Cina berbintang Michelin yang tertinggi di Singapura.

En. Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, menerima anugerah Hotel Mewah Terbaik-Asia Pasifik bagi pihak Mandarin Orchard Singapore di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2018
En. Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts, menerima anugerah Hotel Mewah Terbaik-Asia Pasifik bagi pihak Mandarin Orchard Singapore di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2018

 

Edisi keempat Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia tahunan itu menyaksikan sejumlah 56 anugerah disampaikan dalam 10 kategori, iaitu Syarikat Penerbangan, Kapal Persiaran, Sewa Kereta, Destinasi, Hotel, Pusat Peranginan, Kediaman Berservis, Ejen Pengembaraan, Teknologi Pengembaraan dan Pengalaman Pelancongan. Pemenang-pemenang ditentukan oleh jumlah undian daripada pembaca-pembaca Travel Weekly Asia serta golongan profesional industri di rantau ini.

Bagi kategori, "Hotel Mewah Terbaik – Asia Pasifik", peserta anugerah dihakimi berdasarkan kebolehan mereka untuk menawarkan kemudahan mewah, penginapan berservis penuh dan tahap perkhidmatan peribadi tertinggi.

Hadir bagi menerima anugerah untuk Mandarin Orchard Singapore ialah En. Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts.

"Ini merupakan tahun kedua Mandarin Orchard Singapore menerima penghormatan yang menjadi rebutan ini dan kami berasa amat teruja," kata En. Tan. "Kami bersyukur kerana diiktiraf atas usaha kami untuk kekal berada di barisan hadapan dalam pasaran hospitaliti Asia yang pesat berkembang, tatkala kami terus menterjemahkan kekayaan legasi jenama kami kepada pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para tetamu kami."

Mandarin Orchard Singapore dengan 1,077 bilik megah berdiri di tengah-tengah kawasan beli belah yang terkenal di dunia, Orchard Road. Membawakan keistimewaan jenama ini, Asian Grace, Warmth, and Care  (Keanggunan, Kemesraan dan Keprihatinan Asia) sejak tahun 1971, hotel ini kekal menjadi penginapan pilihan dalam kalangan pengembara antarabangsa yang arif disebabkan oleh lokasi utama dan kecemerlangan perkhidmatannya.

Mandarin Orchard Singapore menawarkan ruang acara utama seluas 30,000 kaki persegi disokong oleh perkhidmatan khusus Pakar Mesyuarat dan Acara. Bilik-bilik tamu dilengkapi dengan teknologi dalam bilik termaju termasuk platform filem percuma untuk akses tanpa had kepada seleksi luas filem blokbuster Hollywood dan penyelesaian telefon pintar berguna untuk panggilan tempatan serta antarabangsa percuma selain akses data 4G tanpa had.

Para tetamu boleh mengharapkan perkhidmatan tempahan khas di Meritus Club Lounge eksklusif dan pilihan outlet makanan dan minuman istimewa termasuk Chatterbox, lokasi bagi Nasi Ayam Mandarin legenda.

Untuk maklumat lanjut tentang Mandarin Orchard Singapore, layari www.meritushotels.com/orchard.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181016/2269216-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180726/2195934-1LOGO 

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel