omniture

Hertz Asia Menang Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia buat Tahun Keempat Berturut-turut

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2018-10-18 09:24 1468

SINGAPURA, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Hertz Asia telah dinamakan sebagai pemenang bagi Kategori Sewa Kereta Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia 2018 tahunan kali ke-4.

Alvin Ng, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Hertz Asia Pacific, menerima anugerah Sewa Kereta Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia bagi pihak Hertz.
Alvin Ng, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Hertz Asia Pacific, menerima anugerah Sewa Kereta Terbaik di Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia bagi pihak Hertz.

 

Sejak anugerah ini bermula pada tahun 2014, Hertz telah menerima anugerah Sewa Kereta Terbaik pada tahun yang seterusnya. Pemenang-pemenang bagi anugerah berprestij ini adalah dipilih oleh ahli-ahli profesional industri di seluruh Asia Pasifik dan para pembaca Travel Weekly, anugerah ini berbangga dengan namanya "Saluting Brilliance" dan mengiktiraf sebagai terbaik antara yang terbaik dalam industri pengembaraan.

Majlis penyampaian anugerah berlangsung pada 15 Oktober 2018 di Mandarin Orchard Singapore dan dihadiri oleh pakar-pakar dan ahli-ahli profesional industri yang terkemuka.

Eoin Macneill, Naib Presiden Asia Pasifik, Hertz, berkata: "Pasukan Hertz Asia berasa amat berbangga kerana sekali lagi dianugerahkan sebagai pemenang bagi Kategori Sewa Kereta Terbaik. Penghargaan ini merupakan bukti dedikasi kakitangan, pemegang francais dan ejen jualan am kami bagi membolehkan jenama kami diiktiraf kerana perkhidmatan yang unggul. Dengan kemenangan gelaran yang kali keempat berturut-turut bersama sempena tahun perniagaan ke-100 Hertz adalah amat istimewa.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang kami hargai atas kepercayaan mereka terhadap Hertz," Eoin mengakhiri ucapan.

Hertz turut dianugerahkan dalam Dewan Kemasyhuran Pengembaraan kali ke-13 berturut-turut di Anugerah TTG Travel pada September yang lalu. Anugerah ini mengiktiraf sumbangan dan inovasi cemerlang organisasi berkenaan kepada industri sejak beberapa dekad lalu.

Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Pilihan Pembaca Travel Weekly Asia, layari: https://www.travelweekly-asia-rca.com/

Untuk maklumat lanjut, ulasan atau imej, sila hubungi:

DAYLIGHT Agency
Tel: +61 2 8235 7600 
Emel: 
hhall@daylightagency.com.au / zguest@daylightagency.com.au

LATAR BELAKANG HERTZ

The Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenamanya di kira-kira 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen, yang mengendalikan jenama sewa kenderaan Firefly, Hertz 24/7 dan perniagaan perkongsian kereta Flexicar dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181016/2269015-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221151-1LOGO

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Transportation Travel Awards