omniture

Whale Cloud dan Alibaba Jalin Kerjasama dengan Ghana untuk Pembangunan Bandar Inovatif

Whale Cloud
2018-10-18 14:11 1478

HANGZHOU, China, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Whale Cloud (dijenamakan semula daripada ZTEsoft) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Republik Ghana berhubung pembangunan bandar inovatif di ibu pejabat Alibaba Group. En. Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa Whale Cloud dan Puan Ursula Owusu Ekuful, Menteri Komunikasi Republik Ghana, menandatangani MoU tersebut bagi pihak masing-masing. Perjanjian ini akan memperkukuh kerjasama bersama dan mendorong inovasi serta pembangunan bandar pintar di Ghana, mengaplikasikan teknologi serta penyelesaian termaju yang dibangunkan oleh Whale Cloud dan Alibaba Cloud.

Ben Zhou, CEO international of Whale Cloud, and Mrs. Ursula Owusu Ekuful, communications minister of the Republic of Ghana, signed the Ghana innovation city MoU
Ben Zhou, CEO international of Whale Cloud, and Mrs. Ursula Owusu Ekuful, communications minister of the Republic of Ghana, signed the Ghana innovation city MoU

Accra, ibu negara dan bandar terbesar Ghana, sedang menjalani urbanisasi yang pesat, lalu mencetuskan cabaran-cabaran untuk pentadbir bandar dan menimbulkan kesulitan kepada rakyat. Di bawah MoU tersebut, Whale Cloud akan membentuk satu perkongsian strategik dengan Kementerian Komunikasi Republik Ghana dan menyediakan penyelesaian Bandar Inovatifnya untuk menyelesaikan cabaran-cabaran ini.

Menggunakan seni bina awan, Internet Komunikasi Benda (IoT), Data Raya dan teknologi Kecerdasan Buatan yang bersama-sama dibangunkan oleh Whale Cloud and Alibaba Cloud, penyelesaian Bandar Inovatif akan membantu melancarkan aplikasi perindustrian beraneka dengan pantas pada platform pusat operasi seragam, termasuk e-Kerajaan, Otak Bandar ET, Pembayaran Mudah Alih dan Pusat Media Seragam, yang dapat membantu pihak kerajaan menyelesaikan isu-isu tadbir urus bandar dengan sokongan pembelajaran mesin serta algoritma AI, meningkatkan kecekapan tadbir urus dan merendahkan kos operasi kerajaan, demi mengubah Accra menjadi bandar yang inovatif dan berdigital.

Whale Cloud dan Alibaba Cloud akan turut membantu mengubah landskap e-dagang dan memupuk pembangunan perniagaan e-dagang di Ghana.

"Membangunkan kawasan bandar yang terhubung dan dipacu teknologi adalah penting untuk urbanisasi pesat Ghana. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Whale Cloud dan Alibaba Cloud untuk memanfaatkan inovasi ICT bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk dan menggalakkan kecekapan, ketelusan, selain mempercepatkan penyediaan perkhidmatan kepada rakyat di samping mengurangkan peluang berlakunya rasuah. Kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi andal seperti Alibaba untuk menjadikan Ghana sebuah negara digital dan dinamik buat rakyat, perniagaan dan juga pelabur," kata Puan Ursula Owusu Ekuful.

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dari Republik Ghana dan memanfaatkan kepakaran kami serta penyelesaian yang telah terbukti dalam industri bagi menjadikan Accra sebagai sebuah bandar inovatif. Kami akan membantu Ghana menerajui ekonomi digital dan mempercepatkan perjalanannya ke arah kemakmuran mampan," kata En. Ben Zhou.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181017/2269221-1

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications