omniture

Pameran Canton ke-124 Terus Buka Pasaran Cina kepada Pembeli Global

Pameran Canton
2018-10-18 18:29 1743

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) bermula di Guangzhou pada 15 Oktober, menghimpunkan lebih 25000 syarikat-syarikat yang mempamer. Pameran ke-124 itu, diadakan semasa ulang tahun keterbukaan dan reformasi China, turut meraikan peranan penting pameran ini dari segi sumbangannya terhadap perdagangan dunia sejak 40 tahun lalu. Lebih 636 syarikat dan 10 delegasi negara dan serantau dari 34 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam Astaka Antarabangsa. Dalam bahagian jenama tahun ini, 58% terdiri daripada pengeluar manakala 31.5% merupakan pempamer baharu.

En. Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, memperkenalkan sorotan utama dalam Pameran Import dan Eksport China ke-124
En. Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, memperkenalkan sorotan utama dalam Pameran Import dan Eksport China ke-124

Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, berkata bahawa Pameran Canton tahun ini "Akan membantu syarikat-syarikat seluruh dunia mencapai jualan dan belian global melalui platform sehenti."

"Pameran Canton akan memanfaatkan sumber-sumber daripada pasaran tempatan dan antarabangsa sepenuhnya serta menyumbang kepada keseimbangan pembangunan perdagangan asing China melalui peluasan jaringan global kami untuk kerjasama strategik dan penawaran produk," kata Xu. "Sebagai contoh, Fasa 1 akan mempamerkan produk-produk perindustrian dengan ciri-ciri teknologi tinggi daripada jenama-jenama premium, manakala Fasa 3 akan memperkenalkan produk-produk pengguna yang mendapat permintaan pasaran yang tinggi."

"Kami akan turut berpegang pada pemasaran sasaran, pengkhususan dan inovasi, menumpu pada bahagian-bahagian utama serta pasaran-pasaran sasaran, bagi menyediakan pengalaman penyertaan yang lebih mudah, transaksi yang lebih selamat dan pulangan yang lebih tinggi untuk pembeli. Kami telah melaksanakan pemasaran digital dipacu data raya berasaskan media sosial dan enjin gelintar. Dalam rangka kerja Program Perkongsian Luar Negara Pameran Canton dan Program Insentif Pembeli, kami terlibat dalam pemasaran bersasaran. Kami akan turut menganjurkan perangkaian pembekal-pembeli dan Perkhidmatan Penyumberan Multinasional (MSS) demi meningkatkan pengalaman pembeli," kata Xu.

Pameran ini melibatkan tiga fasa yang berlangsung mulai 15 Oktober hingga 4 November. Untuk melihat senarai semua kategori produk yang dibawakan di Pameran Canton, layari: http://i.cantonfair.org.cn/en/index

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton"), diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181017/2270469-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news