omniture

Dubai Tawar Pertumbuhan Harga Berpotensi Tertinggi di Hartanah Kediaman untuk Pelabur Seluruh Dunia, Menurut Emaar

Emaar
2018-10-19 19:35 344

DUBAI, UAE, 19 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Harga kompetitif bagi hartanah kediaman premium di Dubai disokong oleh potensi pertumbuhan yang amat besar oleh bandar ini, yang menandakan peningkatan nilai dan pulangan pelaburan yang lebih tinggi, tatkala Dubai terus mencatatkan kadar pertumbuhan mampan yang diterajui oleh asas-asas ekonominya yang kukuh.

generated by system

generated by system

Khususnya, harga bagi hartanah kediaman Downtown Dubai Emaar menawarkan nilai yang paling kompetitif kepada pelabur-pelabur yang mencari pelaburan hartanah untuk tempoh jangka pendek hingga panjang yang selamat di lokasi-lokasi utama. Biarpun dengan tarikan ikoniknya dan infrastruktur yang unggul, harga purata di Downtown Dubai hanyalah US$550 (AED 2,020) setiap kaki persegi.

Apabila dibandingkan, harga purata hartanah* di bandar-bandar utama lain adalah jauh lebih tinggi. Hong Kong mendahului senarai dengan harga US$11,000 setiap kaki persegi, diikuti dengan Tokyo (US$7,600), London (US$5,300), Paris (US$4,400), Moscow (US$4,250), Bandar Raya New York (US$4,100) dan Shanghai (US$2,125).  

Sebagai sebuah bandar pintu masuk dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mencatatkan ketibaan penumpang seramai lebih 43 juta pada separuh pertama tahun 2018 dan lebih 88.2 juta pada tahun 2017. Destinasi keempat paling kerap dikunjungi di dunia, Dubai turut menjadi tuan rumah kepada lebih 15.8 juta pelancong yang bermalam tahun lalu dan 10.44 juta pelancong setakat akhir Ogos tahun ini.

Kehendak pelabur terhadap hartanah premium di lokasi-lokasi pusat Dubai seperti Downtown Dubai, Dubai Marina, Dubai Creek Harbour, Dubai Hills Estate dan Emaar Beachfront, telahpun meningkat beberapa bulan kebelakangan ini, didorong oleh permintaan kukuh daripada pelabur-pelabur antarabangsa yang bernilai bersih tinggi.

Meskipun terdapatnya peningkatan permintaan, bandar ini menawarkan kadar hartanah kediaman yang paling kompetitif berbanding bandar-bandar global selain pulangan pelaburan yang amat tinggi. Sebagai contoh, berbanding dengan kadar hasil utama sebanyak 3.6% di New York*, Dubai menjanjikan kadar hasil hartanah kediaman sebanyak 7.5% - menjadikannya salah sebuah bandar paling selamat untuk memperoleh keuntungan nilai melalui pelaburan hartanah. Kadar hasil utama di bandar-bandar utama lain di seluruh dunia ialah: Beijing (6.2%), Boston (4.1%), Brussels (4.5%), Chicago (5.3%), Frankfurt (3.3%), Hong Kong (2.7%), London (3.5%), Los Angeles (4.3%) dan Madrid (3.8%).

Harga-harga yang kompetitif serta kadar hasil yang kukuh sepadan dengan reka bentuk bertaraf dunia, kemudahan gaya hidup yang mengagumkan dan lokasi pusat sebagai pemacu utama untuk pelabur-pelabur di hartanah Dubai, seperti Downtown Dubai, iaitu destinasi santai dan gaya hidup yang paling kerap dilawati di dunia dengan The Dubai Mall mengalu-alukan lebih 80 juta pengunjung setiap tahun buat empat tahun berturut-turut.

* JLL Global Real Estate Health Monitor, diterbitkan pada Februari 2018 

Untuk butiran:
Kelly Home
ASDA'A BCW
+9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar

Source: Emaar
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate