SHENZHEN, China, 20 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata dan Produk Kediaman Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-26 membuka tirai hari ini di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Pameran selama empat hari itu (20-23 Oktober) dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibitions, menampilkan 2,500 pempamer yang mencatat rekod dari lebih 10 negara dan wilayah, menjadikannya pameran terbesar China yang seumpamanya.
Dewan 3: Barangan Elektronik Mudah Alih sebagai respons kepada peningkatan populariti produk pintar
Barangan Elektronik Mudah Alih dan peranti boleh pakai memainkan peranan penting dalam industri cenderamata baru-baru ini. Sejajar dengan situasi ini, dewan 3: Barangan Elektronik Mudah Alih memenuhi peningkatan permintaan terhadap produk pintar. Dewan ini membawakan kira-kira 200 pempamer, dengan 80% daripada pempamer boleh mengambil pesanan OEM, ODM atau pesanan tersuai.
Dewan 4: Berkilauan - Reka Bentuk Pintar Hong Kong ke China
Dipimpin oleh The Hong Kong Exporters' Association, "Reka Bentuk Pintar Hong Kong" membuat kemunculan sulungnya di Tanah Besar China. Industri cenderamata Hong Kong terkenal dengan reka bentuk luar biasa serta kualiti cemerlang dan zon ini bakal mempamerkan cenderamata berkualiti dan produk premium daripada syarikat-syarikat Hong Kong kepada pembeli global.
Dewan 4: Bandar Comel oleh Delegasi JD
Cenderamata Kreatif & Berlesen semakin lazim dalam industri barang cenderamata baru-baru ini. Zon ini menghimpunkan lebih 50 kedai dalam talian pintar yang mana banyak produk halus dan menarik mereka akan menarik perhatian pembeli. Sementara itu, JD mendedahkan banyak kaedah teknologi tinggi untuk peruncitan baharu.
Penyumberan terus daripada tapak pengilangan
Pameran ini disokong oleh lebih 20 persatuan tempatan dan industri serta tapak pengilangan termasuk Persatuan Tuala Gaoyang, Delegasi Teh Fujian, Persatuan tanah liat ungu Yixing, Persatuan Industri Artikel Runcit China dan sebagainya. Persatuan-persatuan dan tapak-tapak pengilangan ini adalah amat berprofesional menurut kepakaran mereka dengan kebolehan serta pengalaman pengilangan yang kukuh.
Perkhidmatan bernilai tambah untuk menggalakkan perdagangan antara pembeli dan pembekal
Waktu operasi pameran ialah:
20-22 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
23 Oktober mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang.
Latar Belakang Reed Huabo
Reed Huabo - syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, ialah ahli syarikat kepada Reed Exhibitions, iaitu penganjur acara terkemuka di dunia, yang berpangkalan di UK. Syarikat ini komited untuk menerajui pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapatkan tiket percuma, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com.