omniture

Huawei Bantu Converge ICT Bangunkan Rangkaian ISP untuk Promosi Ekonomi Digital Filipina

Huawei
2018-10-22 08:17 1121

SHENZHEN, China, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Filipina menawarkan pelbagai jenis keistimewaan tempatan yang penting dari segi ekonomi seperti mangga dari Pulau Luzon, baju-T Barong Tagalog; ukiran kayu dari Teres Sawah Banaue; dan pelbagai pilihan beg serta permaidani daripada hem Manila, antara segelintir daripadanya.

Jualan tempatan adalah terhad sekiranya hanya dijual kepada pelancong; namun demikian, dengan kemunculan Internet 2.0, eDagang menjadi saluran paling cerah untuk meningkatkan pendapatan vendor-vendor Filipina. Ketersediaan lebar jalur rangkaian adalah penting untuk perusahaan dan individu yang terlibat dalam eDagang. Bagi memastikan pembangunan pesat eDagang, perkhidmatan rangkaian yang andal, berkelajuan tinggi dan berpatutan menjadi satu kemestian.

Sememangnya eDagang hanyalah satu sektor dalam era Internet 2.0. Banyak pola ekonomi dan model perniagaan baharu sentiasa muncul yang berasaskan platform digital seperti permainan dalam talian, video HD dan media sosial. Selain barangan seperti ini, Filipina telahpun menjadi Ibu Kota Pusat Panggilan di dunia.

Dengan itu, pembangunan rangkaian adalah penting untuk kemajuan ekonomi digital negara Filipina.

Converge ICT (Converge) ialah penyedia perkhidmatan Internet gentian tulen. Converge ialah pengusaha utama dalam industri akses jalur lebar optik sepenuhnya yang mempunyai lesen untuk mengendalikan rangkaian tetap, gentian optik, TV kabel, talian persendirian perusahaan, jalur lebar tetap dan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar. Dipacu oleh misi untuk memenuhi permintaan terhadap perkhidmatan rangkaian berkelajuan tinggi, syarikat berdedikasi untuk menggunakan infrastruktur rangkaian yang moden dan boleh diskala sebagai sumbangannya kepada pembangunan Ekonomi Digital moden di Filipina.

Converge menggunakan rangkaian Gentian Optik yang luas meliputi Luzon Tengah, Wilayah Ibu Negara dan Luzon Selatan. Objektifnya adalah untuk berupaya menyediakan perkhidmatan Internet Gentian yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada sebanyak mungkin audiens.

Rancangan Converge untuk Perkhidmatan Baharu

Converge bermula sebagai pengendali TV kabel. Rangkaian langsungnya ialah rangkaian Sepaksi-Gentian Hibrid yang mana perkhidmatan berkelajuan sederhana digunakan dan merupakan asas untuk pertumbuhan perkhidmatan Gentian-kepada-Kediaman (FTTH) miliknya. Menerusi inovasi yang berterusan, perkhidmatan yang memerlukan lebar jalur seperti video 4K dan 3D mula berkembang, yang hasilnya memacu peningkatan yang besar dari segi keperluan terhadap lebar jalur.

Dalam usaha memenuhi misi Converge untuk memastikan negara diperkasa agar dapat menghadapi era digital yang sentiasa berubah-ubah dan semakin mendesak, syarikat mengambil tanggungjawab untuk memperkenalkan rangkaian gentian hujung-ke-hujung tulen yang pertama di Filipina. Sejak pelancaran awal oleh mereka, Converge berupaya menyediakan kumpulan pelanggannya dengan jenis ketersambungan yang membolehkan mereka memaksimumkan internet.

Hari ini, Converge berkembang dalam pasaran perkhidmatan Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN) di Metro Manila dengan menyediakan perkhidmatan rangkaian optik yang tinggi keandalan, tinggi kualiti dan tinggi kelajuannya kepada pelanggan. Setakat ini, Converge telah menentukan rangkaian yang andal dan elastik yang akan memberikan nisbah input-output tinggi yang memenuhi keperluan pusat data kontemporari. Menurut keperluan Converge, rangkaian ini juga perlu meningkatkan sokongan untuk talian persendirian perusahaan semasa dan perkhidmatan akses jalur lebar kediaman serta menyumbang kepada rancangan masa depan untuk perkhidmatan-perkhidmatan seperti FTTH, perkhidmatan data perusahaan, perkhidmatan pusat data, perkhidmatan awan dan perkhidmatan Bandar Pintar di seluruh negara.

"Terdahulu, kami merasakan bahawa kami memerlukan rangkaian yang andal, boleh diskala, berkesan kos dan membolehkan kami melaksanakan produk dan perkhidmatan baharu dengan mudah," kata Jesus Romero, Ketua Pegawai Operasi Converge. "Kami berasa amat berbesar hati kerana hakikatnya kami berupaya melakukannya dengan Huawei."

Rangkaian Profesional dan Pasukan Perunding Perniagaan Huawei

Huawei yang menyediakan perkhidmatan kepada 50 pengendali rangkaian terbaik di seluruh dunia dan telah membangunkan lebih 1,500 rangkaian, ialah anggota dalam lebih 360 organisasi tentuan piawaian, perikatan industri mahupun komuniti sumber terbuka. Kini, Huawei memegang lebih 300 kedudukan kepimpinan dalam organisasi-organisasi seperti IEEE-SA, IIC, BBF, ETSI, TMF dan WFA. Menerusi Program Penyelidikan Inovasi Huawei (HIRP), organisasi ini menjalankan inovasi kerjasama dengan lebih 400 institut penyelidikan dan 900 perusahaan di lebih 30 negara atau wilayah seluruh dunia.

Setelah bertahun-tahun mengumpul pengalaman praktikal, Huawei membina jaringan profesional melibatkan pasukan perunding, perancangan, pembinaan dan penyelenggaraan. Sejak tahun 2006, perunding-perunding global Huawei telah menyediakan perkhidmatan perunding profesional kepada lebih 120 pengendali di lebih 70 negara atau wilayah bagi membantu pengendali menyelesaikan masalah perniagaan dan meningkatkan daya saing terasnya. Dengan pemahaman yang menyeluruh tentang situasi rangkaian semasa dan rancangan masa depan Converge, Huawei membantu Converge menyelesaikan dan meninjau potensi pelanggan-pelanggan bernilai tinggi, membangunkan penyelesaian untuk pembinaan rangkaian dan menggariskan rancangan perkhidmatan berorientasi masa depan.

Penyelesaian Agile WAN Penuhi Keperluan Lebar Jalur Besar dan Evolusi Rangkaian

Huawei mencadangkan Penyelesaian Agile WAN miliknya kepada Converge, yang akan menggunakan penghala perkhidmatan sejagat NE40E bagi membina rangkaian Penumpuan Tetap-Mudah Alih (FMC) 2.0. Rangkaian ini akan membantu Converge membina rangkaian yang pintar, dengan jalur lebar ultra dan ringkas yang memenuhi keperluan pembangunan perkhidmatan dan evolusi rangkaian kami.

  • Sinergi IP + optik menyediakan penggunaan perkhidmatan satu-klik. Penyelesaian 'sinergi IP + optik' mengaplikasikan penyepaduan sumber rangkaian rentas lapisan dan penemuan topologi rentas domain automatik, memudahkan O&M dan mencapai penggunaan perkhidmatan hujung-ke-hujung dalam beberapa minit.
  • Kad talian kapasiti besar 2 Tbit/s untuk memenuhi keperluan perkhidmatan lebar jalur besar. Dibangunkan pada platform 2T, penghala cekap tenaga siri NE40E menyokong peluasan kapasiti yang lancar kepada 2 Tbit/s bagi setiap slot, yang membolehkan sokongan perkhidmatan berkapasiti besar dan kebolehan untuk memenuhi peningkatan keperluan lebar jalur pada masa depan.
  • Kualiti Perkhidmatan Berhierarki (HQoS) memenuhi keperluan pengalaman perkhidmatan pengguna. HQoS diaplikasikan dengan cara hujung-ke-hujung. Ia membolehkan penjadualan perkhidmatan yang teliti dengan membezakan pengguna dan perkhidmatan serta menyediakan penampan yang besar, kependaman rendah dan keandalan tinggi demi menjamin kualiti perkhidmatan yang unggul serta dapat memenuhi keperluan pengalaman perkhidmatan individu pengguna.
  • Akses pelayan jarak jauh jalur lebar dalam pelbagai senario dan teknologi tunggu sedia panas dapat memastikan perkhidmatan tanpa henti. Pengguna dapat mengakses rangkaian dalam Protokol Titik-ke-Titik melalui Eternet (PPPoE), Protokol Internet melalui Eternet (IPoE), talian dail, talian persendirian, mod berwayar mahupun tanpa wayar. Lima mod pengesahan disokong, yang dapat menyediakan akses pengguna seragam untuk seluruh rangkaian. Di samping itu, teknologi tunggu sedia panas membolehkan maklumat pengguna disandarkan antara peranti aktif dan peranti bersedia dengan pensuisan trafik yang pesat dan terselindung.

Bantu Converge Jadi Salah Satu Penyedia FTTH Terbaik

Bermula dengan tulang belakang Pemultipleksan Divisyen Jarak Gelombang Padat (DWDM) dan teras Pensuisan Label Berbilang Protokol (MPLS) kepada MAN, dan pada setiap peringkat dalam rangkaian akses, sebahagian besar rangkaian Converge dibangunkan oleh Huawei.

Rangkaian Converge yang diperbaharui ini adalah lebih andal dan stabil serta mencapai kependaman lebih rendah, kadar kelajuan lebih tinggi dan O&M lebih mudah, kesemuanya dapat membantu Converge melancarkan produk dan perkhidmatan baharu dengan pantas. Paling penting, rangkaian baharu ini akan membantu Converge memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik dan mengagihkan perkhidmatan secara automatik yang sesuai mengikut keperluan pasaran. Rangkaian ini bermanfaat untuk syarikat-syarikat eDagang yang menjual produk keistimewaan Filipina; perusahaan Internet yang menyediakan penstriman langsung dalam talian dan perkhidmatan video HD; perusahaan inovatif yang terlibat dalam media sosial tempatan atau platform perkongsian; serta rakyat - kesemuanya dapat membantu untuk mempromosi Ekonomi Digital yang pesat di Filipina dengan bersungguh-sungguh. Melalui perkongsian dengan Huawei, Converge meningkatkan reputasinya kerana menyediakan perkhidmatan FTTH yang dapat mewujudkan pengalaman pelanggan yang unggul.

"Huawei responsive dalam sokongan mereka," kata Romero. "Dari segi harga, mereka kekal kompetitif dan mereka banyak membantu kami menerusi perancangan strategi, langkah-langkah seterusnya dan hala tuju selanjutnya, yang merupakan salah satu aspek penting yang mana, menurut kami, kami perlu meneruskannya dan meluaskan kerjasama."

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment