omniture

Golden Comic Awards & Connection+ 2018 tingkatkan kerjasama antarabangsa

Taiwan Television Enterprise Ltd.
2018-10-22 21:05 1396

TAIPEI, Taiwan, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Golden Comic Awards & Connection+ 2018, diadakan pada 2 Oktober, dianggap sebagai kejayaan bersejarah oleh kurator acara komik dan individu berpengaruh dalam industri. Acara tahun ini sekali lagi menarik minat yang tinggi hasil daripada usaha pihak penganjur, Kementerian Kebudayaan kerana mengadakan acara-acara pertukaran dan pemadanan antarabangsa berserta majlis penyampaian anugerah.

GCA Ceremony
GCA Ceremony

Mengulas tentang acara-acara tersebut, Hew Kuan-yau, Kurator bagi Muzium Budaya Komik Asia Malaysia, berkata bahawa sektor komik Taiwan terus memberi kejutan dan komik-komik yang beliau saksikan di acara tersebut mempunyai lebih banyak kepelbagaian saban tahun. Elisabeth Wolf, Pengasas Syarikat dan Pemilik Chinabooks E.Wolf Switzerland berasa gembira dengan hasil festival tahun ini memandangkan pembeli dapat membeli hak-hak komik dan dalam masa yang sama bertemu dengan beberapa artis komik terbaik Taiwan. Paul Gravett, seorang Kurator Bebas dari United Kingdom, menyatakan Sean Chuang sebagai salah seorang penulis novel grafik yang terbaik di dunia dan beliau berharap dapat melihat lebih banyak komik sastera dalam acara-acara akan datang.

2018 Golden Comic Awards & Connection+
2018 Golden Comic Awards & Connection+

Komik Taiwan merupakan himpunan produk beraneka yang bersedia untuk diubah menjadi produk-produk derivatif. Menyedari hal ini, Golden Comic Awards & Connection+ tahun ini membawakan satu pameran yang memaparkan bagaimana komik-komik Taiwan telah menginspirasikan atau dimasukkan ke dalam filem, permainan dan muzik. Scrolls of a Northern City AKRU, dilancarkan sebagai sebuah filem, mendapat pujian Pakar Komik Perancis Laurent Melikian dan Ketua Pegawai Operasi Access Bright Jepun Osato Yuji, yang memuji penerbitan tersebut kerana menunjukkan hubungan semula jadi antara komik dan filem.

Paling menggamit perhatian tahun ini ialah pameran aplikasi realiti lanjutan (XR) "Young-Jiu Grocery Store" dan persembahan lagu tema yang menampilkan komik Demo#. Secara keseluruhan, acara tahun ini menunjukkan hasil cemerlang dalam mempromosi karya-karya derivatif merentas ekonomi kreatif budaya.

Koxinga Z, Comic of the year
Koxinga Z, Comic of the year

Tahun ini juga merupakan kerjasama pertama Golden Comic Awards & Connection+ dengan festival komik asing Jepun Kaigai Manga Festa. Penganjur-penganjur menaja pemenang GCA ke-9 Li Lung-chieh untuk menghadiri acara Kaigai tahun ini. Pemenang-pemenang GCA yang lain akan menghadiri COMITIA di Tokyo pada bulan November serta Festival Budaya Pop Kitakyushu.

Golden Comic Awards & Connection+ 2018 bukan sekadar satu peluang untuk memupuk pasaran tempatan dengan idea-idea baharu, tetapi juga untuk membawakan komik-komik Taiwan ke mata dunia.

Catatan untuk Editor:

Taiwan Television Enterprise ialah Penganjur Eksekutif bagi Golden Comic Awards & Connection+.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181022/2274296-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181022/2274296-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181022/2274296-1-c

Source: Taiwan Television Enterprise Ltd.
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Music Awards Trade show news