omniture

Tanla Umum Pelantikan Sriram Vinjamuri sebagai Ketua Pegawai Operasi

Tanla Solutions Limited
2018-10-23 20:31 984

HYDERABAD, India, 23 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Tanla Solutions Ltd (NSE: TANLA) hari ini mengumumkan penyertaan Sriram Vinjamuri sebagai Ketua Pegawai Operasi. Beliau akan melapor kepada Uday Reddy, Pengerusi & Pengarah Urusan.

generated by system

Sriram ialah seorang pemimpin berimpak tinggi dengan pengalaman selama hampir dua dekad dalam telekomunikasi India dan memiliki pengalaman keseluruhan selama 25 tahun. Sepanjang tempoh kerjaya beliau, beliau telah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan dalam Jualan Bersepadu, bertanggungjawab untuk fungsi-fungsi P&L, pemasaran dan pengurusan am. Terdahulu, Sriram pernah bekerja dengan Airtel, Nestle, BPL dan Tanla yang mana beliau memberi impak yang besar melalui perancangan perniagaan dan penggunaan strategi jualan beliau yang telah terbukti.

Dalam peranan terdahulu beliau, Sriram merupakan Naib Presiden (Perniagaan Pengguna - India Selatan) Tata Teleservices, yang mana beliau turut bertanggungjawab untuk meningkatkan Bahagian Pasaran Pelanggan dan Bahagian Pasaran Pendapatan di samping mengurus pasukan berbilang fungsi yang pelbagai melibatkan 200 ahli daripada S&M, Kewangan, Rangkaian, Khidmat Pelanggan dan HR.

Uday Reddy, Pengerusi & Pengarah Urusan Tanla Solutions berkata, "Saya mengenali Sriram secara peribadi selama lebih sedekad dan saya berasa gembira untuk mengundang beliau kembali menyertai Tanla, memandangkan beliau meninggalkan kesan sebagai pemimpin perniagaan sebenar sewaktu tempoh perkhidmatan beliau sebelum ini bersama Tanla, sebagai Ketua - Jualan India semasa 2007-09. Saya yakin beliau akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan strategi pertumbuhan Tanla." 

"Teruja menjadi sebahagian daripada Tanla pada kemuncak peralihannya untuk menjadi 'penyedia komunikasi awan perusahaan terkemuka'di seluruh dunia. Meskipun kepakaran Karix dalam perniagaan perusahaan akan mencipta sinergi yang unik, keupayaan teknologi Tanla yang mantap dalam menyediakan platform dan penyelesaian infrastruktur bertaraf dunia akan membantu memanfaatkan perkongsian perusahaan dan syarikat telekomunikasi demi inovasi yang pesat dan bagi membangunkan penyelesaian komunikasi awan perniagaan generasi seterusnya," kata Sriram.

Sriram akan bertanggungjawab bagi memastikan pencapaian sasaran tahunan melalui kecemerlangan operasi.

Latar Belakang Tanla    

Tanla memulakan perjalanannya tatkala memasuki alaf baharu bersama sekumpulan kecil pakar pemesejan mudah alih, yang berpangkalan di Hyderabad, India, untuk mencipta perkhidmatan pemesejan bertaraf dunia. Hari ini, Tanla merupakan peneraju global dalam domainnya sebagai salah satu penyedia komunikasi awan yang terbesar, mengendalikan lebih 90 bilion komunikasi perniagaan setahun. Tanla menginovasi cara dunia berkomunikasi, terus meninggikan piawaian melalui tahap kelajuan yang dipertingkat, kemudahan dan keringkasan penyelesaian komunikasi awan, mengguna pakai teknologi-teknologi canggih bagi memenuhi keperluan bijak kumpulan pelanggan yang pelbagai, bermula daripada syarikat-syarikat perusahaan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi merentas geografi.

Hubungi: Perhubungan media: marketing@tanla.com

Sumber: Tanla Solutions Limited

 

Source: Tanla Solutions Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications