omniture

Pemenang-pemenang Hadiah Nobel Sertai Pembukaan Universiti Swasta Pertama China untuk Pengajian Lanjutan

Westlake University
2018-10-24 11:02 521

HANGZHOU, China, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Westlake University (Westlake atau "Universiti"), universiti penyelidikan swasta pertama di Republik Rakyat China, mengadakan majlis penubuhan besar-besarannya pada 20 Oktober di The Dragon Hotel, bandar Hangzhou, diikuti dengan forum-forum tentang masa depan pendidikan tinggi serta penyelidikan asas dan translasi.

Bagi meraikan pembukaan institusi berkenaan dan bertukar-tukar idea tentang peranan sebuah universiti, upacara penubuhan berkenaan menghimpunkan beberapa ilmuwan dan pendidik ternama termasuk 5 pemenang Hadiah Nobel, Lin Jianhua, Presiden Peking University; Mark S. Wrighton, Canselor Washington University di St. Louis; dan Wei Shyy, Presiden The Hong Kong University of Science and Technology.

"Westlake University telah diamanahkan dengan impian bersama 3 juta mahasiswa luar negara dan 1.4 juta siswazah yang masuk semula," kata Yigong Shi, Presiden Westlake University, di majlis penubuhan tersebut. "Westlake University telah membuat sumbangan dalam meneroka reformasi pendidikan tinggi Cina. Selama bertahun-tahun, pembangunan pendidikan tinggi Cina dan pemupukan inovasi dicabar oleh sistem pendidikan," kata beliau.

Kampus universiti tersebut mempunyai tiga kolej: Sekolah Sains Hayat, Sekolah Sains dan Sekolah Kejuruteraan. Kampus berkenaan mempunyai tujuh buah bangunan yang dapat menampung seramai 2,000 penyelidik dan pembantu dengan sejumlah 120 makmal yang ditempatkan dalam kawasan seluas 106,000 meter persegi. Kampus kedua, kini sedang dibangunkan di Yungu, dijangka dibuka pada tahun 2021, menyediakan tambahan 446,000 meter persegi kawasan yang dapat menampung sekitar 300 pensyarah dan 3,000 pelajar kedoktoran.  

Westlake telah berusaha membentuk sebuah fakulti bertaraf dunia. Setakat ini ia berjaya menarik 68 saintis dan ilmuwan ternama untuk menjadi kakitangan mereka, yang mempunyai kepakaran dalam bidang matematik, fizik, kimia, kejuruteraan, teknologi maklumat, biologi dan sains perubatan asas, antara lain.

Westlake ialah institut pendidikan tinggi pertama yang bakal menerima pelajar PhD dari peringkat awal. Kumpulan pertamanya melibatkan 19 calon kedoktoran yang diterima pada musim luruh tahun 2017, manakala 120 pelajar tambahan, yang hadir pada majlis perasmian berkenaan, telah diterima tahun ini.

"Kami membayangkan bahawa, dalam sepuluh atau dua puluh tahun, Westlake University akan menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkenal di dunia dengan ciri-ciri Cina tersendiri yang ditubuhkan di China," kata Shi.

Bagi meraikan majlis penubuhan tersebut, Westlake turut mengundang para pendidik dan saintis terkenal ke Hangzhou untuk menghadiri dua forum yang berlangsung pada 20 Oktober, yang mana para peserta dapat bertukar-tukar fikiran tentang peranan global institut-institut pendidikan tinggi serta peranannya dalam pencapaian penemuan saintifik.

Latar Belakang Westlake University

Westlake University ialah sebuah universiti bukan untung berorientasi penyelidikan yang disokong oleh pembiayaan awam dan persendirian. Institusi terdahulu Westlake University ialah Westlake Institute for Advanced Study. Institut berkenaan ditubuhkan di Hangzhou pada 10 Disember 2016. Pada 14 Februari 2018, Westlake University ditubuhkan dengan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan China. Menjelang tahun 2026, Westlake University dijangka mempunyai kira-kira 5,000 mahasiswa sepenuh masa, 300 profesor, 600 ahli kakitangan sokongan dan sekitar 900 felow pasca kedoktoran.

 

Source: Westlake University
Keywords: Education Higher Education New products/services