SEOUL, Korea Selatan, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Persatuan Ginseng Korea melaporkan bahawa festival-festival tahunan Ginseng Korea Oktober, yang kesemuanya berjumlah 16 festival tahun ini, diadakan dengan jayanya di seluruh negara.
Antara 16 festival yang diadakan, Sidang Kemuncak Ginseng Organik Dunia Anseong, Festival Ginseng Kaesong 2018, Festival Geumsan Insam, Pasar Tani Ginseng Seosan, festival Ginseng Mewah Hongcheon dan Daging Korea, Festival Ginseng Eumseong serta Festival Ginseng Jeungpyeong telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Di festival-festival ini, peningkatan bilangan pelancong asing telah menambat perhatian, memperlihatkan pengaruh Hanryu dan percambahan minat global terhadap Ginseng Korea.
Di Festival Geumsan Insam, reruai-reruai interaktif yang memberi peluang untuk mengalami pasaran ubat-ubatan tradisional Korea, membuat minuman keras ginseng pucuk baharu dan membuat sabun berjaya menarik minat pengunjung.
'Sidang Kemuncak Ginseng Organik Dunia Anseong 2018' mengendalikan pameran yang memberi pendidikan tentang ginseng dan sampel-sampelnya; aktiviti-aktiviti lain seperti Pencarian Ginseng Organik, membuat pasu pokok ginseng dan gerai makanan turut popular.
Festival Ginseng Mewah Hongcheon dan Daging Korea menghubungkan terus antara petani dengan pengguna. Kawasan memasak terletak bersebelahan dengan kawasan pasar bagi menyediakan ruang untuk pengunjung membeli dan menikmati produk-produk yang bagus kualitinya pada harga berpatutan. Permainan tradisional tarik tali dan pertandingan memasak turut menghiburkan para pengunjung.
Festival Ginseng Korea akan diteruskan sehingga akhir Oktober di wilayah-wilayah lain:
Festival-festival yang disebutkan di atas menanti kehadiran para pelancong dan pengunjung.
Naib pengerusi Persatuan Ginseng Korea Han-Seung-Hun berkata, "Melalui festival-festival Ginseng Korea ini yang berlangsung di seluruh rantau, saya berharap para pengunjung akan dapat mengenali Ginseng Korea yang terkenal di dunia."
Untuk butiran tentang tarikh dan jadual festival, sila lihat www.korean-ginseng.org.