omniture

Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE ke-2 bawakan kuasa lunak China dan budaya Cina

Semangat TANKAHKEE Kuasa Lunak Terbaik Budaya Cina
The 10th High-Level Forum On China’s Cultural Soft Power Research & The 2nd TANKAHKEE FORUM
2018-10-24 18:28 1099

XIAMEN, China, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE ke-2 baru-baru ini membuka tirainya di Jimei, China.

Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE ke-2
Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE ke-2

Pada sebelah pagi 21 Oktober, Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE ke-2 membuka tirainya di Daerah Jimei, Bandar Raya Xiamen, Wilayah Fujian. 

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 bagi reformasi dan dasar buka pintu. Forum Peringkat Tinggi Tentang Kajian Kuasa Lunak Budaya China ke-10 & FORUM TANKAHKEE menggunakan tema "Mengukuhkan reformasi dan dasar buka pintu pada era baharu, membangunkan Satu Jalur Satu Jalan demi persahabatan baharu" untuk menceritakan kisah China dan menyampaikan konsep pembangunan China, untuk memperdalam pemahaman dan pengiktirafan orang Cina luar negara, untuk menambah fungsi-fungsi baharu bagi reformasi dan dasar buka pintu, untuk menyokong inisiatif "Satu Jalur Satu Jalan" dan untuk menyatukan kembali orang Cina luar negara demi mencapai "Impian Cina".

Semasa forum selama dua hari itu, tetamu-tetamu khas daripada kementerian-kementerian berkaitan, universiti-universiti utama dan institut-institut penyelidikan, selain lebih 200 golongan elit Cina luar negara dan juga usahawan-usahawan ternama dari lebih 30 negara (wilayah) di sepanjang "Jalur dan Jalan" menyampaikan kuasa lunak budaya Cina kepada hadirin tempatan dan luar negara menggunakan format-format seperti ucapan dasar, forum meja bulat dan sebagainya, bagi mempromosi semangat TANKAHKEE serta menawarkan idea-idea untuk mengukuhkan reformasi dan dasar buka pintu selain membangunkan "Satu Jalur Satu Jalan". 

Acara ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kuasa Lunak Budaya China, Persatuan Pertukaran Budaya Antarabangsa China dengan Orang Cina Luar Negara, Jabatan Teori People's Daily, Jabatan Teori Guang Ming Daily, Jabatan Teori Ulasan Economic Daily, Chinese Social Sciences Today, Persekutuan Wilayah Fujian bagi Orang Cina Luar Negara Yang Kembali, dianjurkan bersama-sama Persatuan Persahabatan Luar Negara Daerah Jimei Bandar Raya Xiamen dan Persekutuan Orang Cina Luar Negara Yang Kembali Daerah Jimei Bandar Raya Xiamen.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181023/2276299-1

Source: The 10th High-Level Forum On China’s Cultural Soft Power Research & The 2nd TANKAHKEE FORUM
Keywords: Art Entertainment Trade show news