omniture

Maraton Antarabangsa Xi'an 2018 Terujakan Orang Ramai Di Tengah-tengah Paparan Kepurbaan dan Kemodenan

Xi'an International Marathon
2018-10-24 22:13 1008

XI'AN, China, 24 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Maraton Antarabangsa Xi'an 2018 ("Maraton"), iaitu maraton yang paling berpengaruh di China Barat, telah menobatkan Liyew Kebede dari Etiopia dan Bayartsogt Munkhzaya dari Mongolia masing-masing sebagai pemenang bagi kategori lelaki dan wanita, mengungguli sekumpulan 30,000 atlet bertaraf dunia yang memulakan perlumbaan dari Dataran Pintu Pagar Yongning Tembok Besar Ming dan mengikuti laluan yang menonjolkan kepurbaan serta keindahan bandar yang berusia 3,000 tahun itu. Pelari Cina terkemuka, Chen Lin, meraih tempat ketiga dalam perlumbaan kategori wanita, menamatkan perlumbaan dalam tempoh 2 jam, 40 minit dan 36 saat.

2018 Xi’an International Marathon Thrills Crowds Amidst Displays of Antiquity and Modernity.
2018 Xi’an International Marathon Thrills Crowds Amidst Displays of Antiquity and Modernity.

Maraton tersebut, yang memasuki tahun keduanya, merangkumi populariti larian yang semakin meningkat di China dan seluruh dunia. Bilangan peserta, yang berasal dari 30 negara dan wilayah termasuk China, Rusia, United Kingdom, Perancis dan Korea Selatan, meningkat sebanyak 10,000 peserta berbanding tahun lalu, manakala bilangan pemohon hampir berganda. Kepentingannya di litar lumba global membantunya menarik tajaan daripada jenama-jenama terkemuka seperti syarikat gergasi hartanah Cina YanGo dan pembuat pakaian sukan ASICS.

Shangguan Jiqing, Datuk Bandar Xi'an, berkata, "Berlari menjadi sukan yang amat popular di China dan kami berasa amat teruja kerana laluan tersebut mampu memberikan peserta, penonton dan mereka yang menonton di kaca TV dengan peluang untuk melihat beberapa khazanah bersejarah yang paling dihargai di bandar purba kami. Kami berbangga menjadi sebuah bandar yang mana ciri kepurbaan dan kemodenan wujud bersama-sama."

Laluan lumba maraton ini direka untuk menggabungkan sejarah dan kemodenan, dengan 23 stesen kebudayaan bertebaran di sepanjang laluan tersebut, yang mana budaya tradisional bergabung dengan unsur-unsur moden dan bersifat antarabangsa seperti tamburin Afrika, tarian moden dan kumpulan penghibur Rap-Rock. Di samping itu, kesemua pelari maraton layak mendapat tiket secara percuma atau berdiskaun untuk mengunjungi 22 tempat tarikan budaya di Xi'an, termasuk Taman Muzium Negara Istana Daming, Taman Laut Qujiang Polar, Muzium Sejarah Shaanxi dan Muzium Hutan Batu Stele.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xian42195.com/.

Latar Belakang Maraton Antarabangsa Xi'an  

Maraton Antarabangsa Xi'an, ditaja oleh YanGo, ialah maraton yang paling berpengaruh di China Barat. Acara berkenaan, yang membawakan maraton penuh, maraton separuh dan maraton mini, kesemuanya mempunyai kategori lelaki dan wanita, diadakan di Xi'an, ibu negara wilayah barat Shaanxi China, satu destinasi pelancong antarabangsa yang mempunyai sejarah selama lebih 3,000 tahun dan tempat-tempat tarikan yang terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Bandar purbanya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181023/2276453-1

Source: Xi'an International Marathon
Keywords: Art Entertainment Sporting Events Sports