JAKARTA, Indonesia, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Pada 23 Oktober, perusahaan tenusu Nombor 1 Asia, Yili Group dari China telah mengadakan majlis pelancaran global di Jakarta, ibu kota Indonesia untuk siri ais krim terkininya - Joyday. Turut hadir dalam persidangan pelancaran ialah Feng Yuzhen, Datuk Bandar Hohhot, Wilayah Autonomi Inner Mongolia; Anisyah, Pengarah Pendaftaran Makanan Diproses bagi Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat-ubatan Indonesia (BPOM); Lukmanul Hakim, Pengarah LPPOM MUI; Adhi S. Lukman, Pengerusi Persatuan Usahawan Makanan & Minuman Indonesia (GAPMMI) dan Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif Yili Group.
11 perisa ais krim Joyday yang dilancarkan hari ini adalah berdasarkan tinjauan pasaran yang luas, kajian yang teliti dan kemahiran pengeluaran yang diperhalusi. Ia merupakan produk premium yang mula-mula dilancarkan di Indonesia dan bakal muncul di negara-negara Asia Tenggara yang lain tidak lama lagi. Berkhasiat dan sihat, digandingkan dengan perisa istimewa dan diperkaya, Joyday mendapat pengiktirafan tinggi daripada pelanggan tempatan yang memberi sambutan hangat. Penguji rasa terawal sangat menyokong Yili atas kualiti tingginya, menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk mencuba setiap satu daripada 11 perisa dalam siri ais krim Joyday. Setelah merasai Joyday, pelanggan Indonesia memberi pujian tinggi dan tersenyum gembira.
Sehingga hari ini, Joyday boleh didapati di empat bandar utama Indonesia - Jakarta, Medan, Surabaya dan Bandung. Menjelang akhir tahun ini, produk-produk Yili akan tersebar ke lebih 20 bandar di Indonesia dan bakal berkembang secara berperingkat-peringkat ke negara-negara Asia Tenggara yang lain dengan lebih banyak produk baharu akan dilancarkan tidak lama lagi.
Ibu pejabat Yili Group terletak di bandar tenusu China, Hohhot, Wilayah Autonomi Inner Mongolia. Ia menjadi perusahaan tenusu domestik terbesar yang memiliki rangkaian penuh produk tenusu. Menurut "Laporan 20 Produk Tenusu Terbaik Dunia 2018" yang dikeluarkan oleh Rabobank, Yili Group tetap teguh di lokasi tenusu pertama dunia dan mengekalkan kedudukan Nombor 1 yang tidak dapat dipertikaikan di Asia. Ia menjadi kumpulan tenusu yang terkemuka di dunia dari segi skala, inovasi teknologi dan nilai jenama.
Dalam usahanya ke arah globalisasi ekonomi, Yili Group melaksanakan strategi "Jaringan Global" untuk mempercepatkan kadar globalisasinya. Zhang Jianqiu berkata di persidangan pelancaran, "Hari ini, pelancaran global Joyday merupakan satu peristiwa penting, ia memaklumkan kepada dunia bahawa Yili bakal menembusi seluruh pasaran Asia Tenggara. Menerusi produk-produk tenusu yang berkhasiat dan enak, Yili telah berusaha untuk membentuk 'Jalan Sutera Tenusu' bagi berkongsi kehidupan yang sihat bersama orang ramai di seluruh dunia. Ini bukan sekadar satu lagi langkah strategik susulan inisiatif-inisiatif bercita-cita tinggi seperti menubuhkan Pusat Inovasi Eropah, Tapak Pengeluaran Oceania dan SINO-U.S. Food Wisdom Valley; Dengan menembusi pasaran Asia Tenggara, ia dapat memindahkan kualiti Yili ke seluruh dunia, menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan membina jalinan persahabatan merentas seluruh benua."
Di majlis pelancaran, Feng Yuzhen menyatakan bahawa, "Saya berharap Yili Group akan memanfaatkan produk-produk dan perkhidmatan yang memiliki standard tertinggi untuk memberikan lebih nutrisi dan kesihatan kepada pelanggan di Indonesia dan seluruh dunia."
"Konotasi Joyday ialah 'Riang Ria Setiap Hari'. Seperti yang digambarkan pada namanya, kami berharap dapat membawakan lebih kebahagiaan dan kesihatan kepada pelanggan. Ayuh kita nikmati kehidupan yang lebih indah," ujar Zhang Jianqiu.