omniture

Alland & Robert dan Sayaji Berkolaborasi Bersama untuk Pengeluaran Gam Akasia di India

Alland & Robert
2018-10-25 14:42 478

PARIS, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

S.D.P.A., syarikat induk yang memiliki peneraju Perancis dalam gam semula jadi, Alland & Robert, bekerjasama dengan syarikat yang berpangkalan di India, Sayaji Industries Limited untuk membentuk satu Usaha Sama.

Matlamat utama kolaborasi ini adalah untuk mengeluarkan di kawasan setempat dan membekalkan gam akasia semburan kering untuk pasaran India yang sedang berkembang. Alland & Robert, sebuah syarikat yang menjadi pakar dalam bidang ini sejak tahun 1884, akan menyediakan pengetahuan teknologi untuk pemprosesan gam akasia bagi menawarkan produk berkualiti terbaik untuk pasaran yang pantas berkembang ini.

Gam akasia, juga dikenali sebagai gam Arab atau E414, ialah bahan semula jadi, selamat dan sihat yang digunakan dalam perisa, minuman, konfeksi, produk tenusu, perusahaan roti, produk pemakanan, farmaseutikal dan kosmetik, antara lain. Hari ini, gam akasia didapati dalam beribu-ribu produk harian di serata dunia. Di India, gam akasia turut dibeli terus oleh pengguna di pasaran-pasaran setempat untuk memasak hidangan tradisi. Peluang-peluang perniagaan tempatan adalah luas dan pelbagai dalam ekonomi yang pantas berkembang ini.

Anne-Sophie Alland, ketua bahagian strategi dan pembangunan di Alland & Robert, berkata: "Pasaran gam akasia India adalah rumit, menyasarkan industri dan juga pengguna akhir. Usaha sama ini merupakan satu peluang hebat untuk Alland & Robert menembusi pasaran India bersama rakan kongsi setempat. Sayaji Industries Limited juga merupakan sebuah syarikat milik keluarga yang berpegang pada nilai yang sama iaitu kerja keras dan ketangkasan perniagaan seperti Alland & Robert; maka, mereka merupakan rakan kongsi sesuai buat kami."  

Sayaji Industries Limited telahpun mempunyai kedudukan yang kukuh dan reputasi yang mantap dalam industri makanan India menerusi perniagaan pengisaran jagung basah yang besar, seraya menjadi pilihan rakan kongsi yang sesuai untuk Alland & Robert. Kedua-dua syarikat turut memeterai satu Memorandum Persefahaman dan mereka akan menandatangani perjanjian muktamad pada awal tahun 2019.

Latar Belakang Alland & Robert (http://www.allandrobert.com)

Ditubuhkan pada tahun 1884, Alland & Robert ialah sebuah syarikat keluarga dan peneraju antarabangsa bagi pasaran eksudat pokok semula jadi dengan memberi tumpuan utama pada gam akasia, aditif atau bahan yang asli sepenuhnya.

Latar Belakang Sayaji Industries Limited (http://www.sayajigroup.in)

Ditubuhkan pada tahun 1941, Sayaji Industries Limited, melalui unit utamanya Maize Products, ialah perintis dalam perniagaan pengisaran jagung basah dan merupakan salah satu pengeksport terbesar dalam industri kanji.


Hubungi:
Violaine Fauvarque
Tel : +33(0)1-44-59-21-00
v.fauvarque@allandetrobert.fr

Sumber: Alland & Robert

Source: Alland & Robert
Keywords: Agriculture