omniture

The Dubai Mall Sambut Sedekad Gilang Gemilang Tetapkan Piawaian Baharu dan Ubah Peruncitan Dunia

Emaar Malls
2018-10-25 23:46 826

DUBAI, UAE, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

The Dubai Mall kini berusia 10 tahun dan bakal menyambut peristiwa penting itu melalui ekstravaganza istimewa mulai 4-28 November.

generated by system

generated by system

Kemegahan Emaar Malls, The Dubai Mall menerima lebih 80 juta pengunjung tahunan sejak empat tahun lalu - menjadikannya destinasi gaya hidup yang paling banyak dikunjungi di dunia. Sepanjang dekad lalu, The Dubai Mall membawa nilai hebat buat negara, mencipta lebih 10,000 pekerjaan dan memangkinkan pertumbuhan sektor peruncitan, makanan & minuman (F&B) dan libur.

Destinasi runcit pilihan untuk 2.5 bilion individu dalam kawasan tumpuan dengan hanya empat jam jarak penerbangan dari bandar, The Dubai Mall ialah pemacu pelancongan dalam negara, menarik 97% pengunjung Dubai menurut laporan.

Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dan Ahli Lembaga Emaar Malls, berkata: "Impak ekonomi The Dubai Mall adalah amat luas. Bukan sahaja mengubah sektor peruncitan tetapi juga mewujudkan tempat rujukan baharu dalam sektor libur, hiburan dan hospitaliti, pusat beli belah ini turut memainkan peranan penentu dalam meletakkan Dubai sebagai ibu kota fesyen global."

Patrick Bousquet-Chavanne, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Malls, menambah: "Tiada satu pusat beli belah di mana-mana jua di dunia ini yang telah menyumbang begitu banyak kepada komuniti sebagaimana yang dilakukan oleh The Dubai Mall hanya dalam tempoh sepuluh tahun. Kami akan terus membina kejayaan kami dan menjadikan The Dubai Mall sebagai pusat beli belah paling utama dalam Peruncitan Global Premium untuk generasi-generasi akan datang."

Pertunjukan acara serta aktiviti-aktiviti dalam pusat beli belah akan meraikan Sambutan 10 Tahun.

  • 10 Tahun Hiburan: Kemuncaknya ialah pameran bunyi dan cahaya yang memukau, Talisman, oleh Lune Rouge, sebuah syarikat hiburan yang dicipta oleh Guy Laliberté, Pengasas Cirque du Soleil. Ia akan berlangsung pada sebelah malam di Star Atrium.
  • 10 Tahun Fesyen: Lebih 40 jenama fesyen akan mengadakan pengaktifan. Selain itu, mulai 15-24 November, tontonlah 'Vogue Loves Fashion Avenue', diilhamkan oleh ibu kota fesyen dunia melalui perkongsian dengan Vogue Arabia.
  • 10 Tahun Beli Belah: Pembeli berpeluang memenangi hadiah utama, pangsapuri mewah daripada Emaar Properties. Terdapat tiga buah kediaman untuk direbut dan hadiah harian sebanyak AED 10,000 dalam bentuk Kad Hadiah Emaar.
  • 10 Tahun Memberi: 'Wishing Tower' ('Menara Hajat') mengundang pengunjung untuk memohon hajat melalui media sosial. Skuad Hari Jadi yang berlegar-legar akan mengejutkan pengunjung dengan perbuatan kebaikan rawak dengan hidangan makanan berbayar dan pengalaman-pengalaman lain.

Untuk butiran:
Nivine William
ASDA'A BCW; +971-4-4507-600
nivine.william@bm.com

Sumber: Emaar Malls

Source: Emaar Malls
Keywords: Retail Travel Future Events