omniture

Premia Partners sambut ulang tahun pertama ETF A berbilang faktor China

Premia Partners
2018-10-26 10:55 744

HONG KONG, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Premia Partners, pengurus ETF (exchange-traded funds) yang berpangkalan di Hong Kong mengumumkan keputusan tahun penuh yang pertama untuk ETF saham-A China beta pintarnya.

  • Premia CSI Caixin China Bedrock Economy ETF (Simbol Saham: 2803 HK) yang menjejaki CSI Caixin Rayliant Bedrock Economy Index, merekodkan hampir 300 syarikat yang memacu ekonomi arus utama China, mengikut saiz ekonomi, keteguhan kewangan dan ciri-ciri risiko yang rendah. Sejak ditubuhkan, ETF mengatasi inkumben yang menjejaki permodalan pasaran dengan penanda aras CSI300 berwajaran 0.31% dan memberikan 69% pertumbuhan dalam aliran masuk baharu.
  • Premia CSI Caixin China New Economy ETF (Simbol Saham: 3173 HK) menjejaki CSI Caixin Rayliant New Economic Engine Index, merekodkan hampir 300 pemimpin daripada industri-industri ekonomi baharu, dipilih berdasarkan saiz aset tidak tetap, keteguhan kewangan dan ciri-ciri pertumbuhan. Sejak ditubuhkan, ETF mengatasi rakan-rakan setara yang menjejaki permodalan pasaran dengan penanda aras Chinext berwajaran 4.82% dan memberikan 61% pertumbuhan dalam aliran masuk baharu.

ETF menjejaki indeks beta pintar CSI, menggunakan kaedah asas dan berbilang faktor daripada Caixin Rayliant Smart Beta yang dipimpin oleh Dr. Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Maklumat Rayliant Global Investors, yang bersama-sama mengasaskan Research Affiliates.

Baru-baru ini Premia Partners turut menyenaraikan dua ETF tematik pertumbuhan Asia

  • Premia Dow Jones Emerging ASEAN Titans 100 ETF(Simbol Saham: 2810 HK) memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin dalam ekonomi pertumbuhan Thailand, Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Filipina; dan
  • Premia Asia Innovative Technology ETF(Simbol Saham: 3181 HK) memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin dalam sektor-sektor didayakan teknologi merentas transformasi digital, penjagaan kesihatan / sains hayat dan AI / robotik / pengautomatan.

Tekal dengan misi firma untuk membangunkan instrumen akses yang berkos rendah dan cekap, keempat-empat ETF yang disenaraikan oleh Premia HKEx merupakan ETF fizikal dengan jumlah nisbah perbelanjaan sebanyak 0.50% p.a.

"Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada para pelanggan,rakan niaga serta pasukan kami dan kami berharap dapat berkongsi pelancaran baharu yang lebih menarik dalam masa terdekat," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan firma.

Setakat 24 Oktober, Premia Partners yang baru sahaja menyambut ulang tahun keduanya, tersenarai sebagai pengurus ETF 50% teratas di Hong Kong selepas Vanguard, mengikut jumlah ETF yang berdomisil di kawasan setempat dan AUM yang berkaitan.

Latar Belakang Premia Partners

Ditubuhkan pada tahun 2016 di Hong Kong, Premia Partners berdedikasi untuk membangunkan dan mengaturkan amalan terbaik ETF dan penyelesaian berasaskan peraturan untuk Asia. Sila kunjungi kami di www.premia-partners.com dan kekal terhubung.

Untuk pertanyaan:
Premia Partners Company Limited
+852 2950 5777
enquiries@premia-partners.com

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds