HONG KONG, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Premia Partners, pengurus ETF (exchange-traded funds) yang berpangkalan di Hong Kong mengumumkan keputusan tahun penuh yang pertama untuk ETF saham-A China beta pintarnya.
ETF menjejaki indeks beta pintar CSI, menggunakan kaedah asas dan berbilang faktor daripada Caixin Rayliant Smart Beta yang dipimpin oleh Dr. Jason Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Maklumat Rayliant Global Investors, yang bersama-sama mengasaskan Research Affiliates.
Baru-baru ini Premia Partners turut menyenaraikan dua ETF tematik pertumbuhan Asia
Tekal dengan misi firma untuk membangunkan instrumen akses yang berkos rendah dan cekap, keempat-empat ETF yang disenaraikan oleh Premia HKEx merupakan ETF fizikal dengan jumlah nisbah perbelanjaan sebanyak 0.50% p.a.
"Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada para pelanggan,rakan niaga serta pasukan kami dan kami berharap dapat berkongsi pelancaran baharu yang lebih menarik dalam masa terdekat," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan firma.
Setakat 24 Oktober, Premia Partners yang baru sahaja menyambut ulang tahun keduanya, tersenarai sebagai pengurus ETF 50% teratas di Hong Kong selepas Vanguard, mengikut jumlah ETF yang berdomisil di kawasan setempat dan AUM yang berkaitan.
Latar Belakang Premia Partners
Ditubuhkan pada tahun 2016 di Hong Kong, Premia Partners berdedikasi untuk membangunkan dan mengaturkan amalan terbaik ETF dan penyelesaian berasaskan peraturan untuk Asia. Sila kunjungi kami di www.premia-partners.com dan kekal terhubung.
Untuk pertanyaan:
Premia Partners Company Limited
+852 2950 5777
enquiries@premia-partners.com