omniture

John Walker Masters' Edition: Wiski Scotch 50 Tahun Pertama dalam Sejarah Johnnie Walker

Johnnie Walker
2018-10-26 13:05 681

LONDON, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Dimatangkan selama separuh abad, 100 botol terhasil 

John Walker Masters' Edition ialah wiski Scotch elegan yang dimatangkan tiga kali yang dihasilkan daripada enam wiski yang sangat sukar diperolehi, setiap satunya dimatangkan sekurang-kurangnya selama 50 tahun. Wiski-wiski dalam John Walker Masters' Edition diperolehi daripada kilang penyulingan purba yang wujud semasa hayat pengasas John Walker (1805-1857). Lima daripada enam kilang penyulingan dengan wiski-wiskinya tidak dapat ditukar ganti yang ditampilkan dalam John Walker Masters' Edition kini tidak lagi beroperasi.

generated by system

Hanya 100 botol John Walker Masters' Edition telah dihasilkan. Wiski Scotch eksklusif ini mengambil namanya daripada kepakaran yang mahir dalam wiski selain persembahannya. Keluaran istimewa The John Walker, dibawakan dalam botol arak bercembul Baccarat kristal hitam dwilapisan yang sukar diperolehi, ditempah khas dan dinomborkan setiap satunya serta disimpan dalam kabinet yang dibuat oleh N.E.J. Stevenson, Pembuat Kabinet menurut Lantikan oleh Yang Mulia Ratu.

Pengarah Jenama Global Johnnie Walker John Williams berkata: "Wiski lima puluh tahun adalah amat sukar didapati. Wiski-wiski dengan usia ini mempunyai ciri-ciri luar biasa, namun memerlukan kemahiran yang hebat bagi membangkitkan rasanya dan kemudian mengimbanginya agar orang ramai dapat menikmati hasil akhirnya. Di sinilah Pakar Pengadun kami Jim Beveridge - seorang daripada hanya enam individu dalam sejarah Johnnie Walker serta pasukan kecil beliau yang terdiri daripada pembuat wiski yang luar biasa, berjaya menjadi pakar dalam bidang kemahiran mereka."

John Walker Masters' Edition membawakan wiski-wiski malt tunggal yang diperoleh daripada beberapa stok tersedia paling lama daripada kilang-kilang penyulingan Glen Albyn dan Glenury Royal - yang kini telah ditutup - serta kilang penyulingan Blair Athol yang lebih terkenal, yang terletak di pintu masuk Dataran Tinggi Scotland. Tiga wiski bijirin yang digunakan dalam proses pembuatannya diperoleh daripada kilang-kilang penyulingan lama Caledonian, Cambus dan Port Dundas.

Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge berkata: "Setiap titisan daripada wiski ini telah dipilih sendiri daripada beberapa tong kayu wiski malt dan bijirin yang paling berharga dan bernilai yang terdapat dalam simpanan kami.

"Kira-kira 20 tahun lalu, para pengadun Johnnie Walker menyedari bahawa setiap satu wiski ini adalah amat istimewa dan keputusan telah dibuat untuk menyimpan wiski-wiski ini bagi kegunaan khas, membolehkan setiap satu daripadanya terus dimatangkan dalam tong kayu mereka, dengan mengetahui bahawa akhirnya, sesuatu yang lebih luar biasa akan terhasil. Matlamat kami adalah untuk memberi penghormatan kepada pakar-pakar wiski yang mengusahakan wiski-wiski ini sekian lama dahulu dan menerusi penciptaan The Masters' Edition, saya percaya kami telah berjaya melakukannya."

John Walker Masters' Edition ialah wiski Scotch yang dimatangkan tiga kali. Diakhiri dalam kumpulan kecil dalam tong tergabung tempahan khas yang diperbuat daripada palang kayu oak berusia 100 tahun, lapisan rasanya dibangkitkan secara perlahan-lahan pada lelangit, yang mana anggur hitam dan limau yang enak berubah kepada coklat gelap berkrim yang kaya serta pengakhiran rasa yang panjang, lembut serta hangat dengan mentol yang sejuk serta rasa asap yang halus.

John Walker Masters' Edition mempunyai kekuatan tong kayu semula jadi ABV sebanyak 43.3% dan RRP bernilai $25,000 (AS). Ia disediakan dalam pasaran-pasaran terpilih yang terhad dan satu botol akan dilelong di Bonhams, Hong Kong pada tahun 2019.

Sila Nikmati Johnnie Walker Secara Berhemah. Kunjungi DrinkIQ.com

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages