omniture

KDNK Per Kapita Tinggi dan Infrastruktur Bertaraf Dunia Pacu Nilai Tambah untuk Pelaburan Hartanah di Destinasi Ulung Dubai Menurut Emaar

Emaar
2018-10-26 13:10 648

DUBAI, UAE, 26 Oktober 2018/PRNewswire/ --

Menerusi keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita yang tinggi dan pelaburan dalam membangunkan infrastruktur bertaraf dunia, melabur dalam hartanah kediaman premium di Dubai menjamin pulangan kukuh untuk pelabur-pelabur antarabangsa, menurut pakar-pakar pasaran.

generated by system

generated by system

Satu kajian terhadap kos hartanah kediaman berbanding KDNK per kapita di hab-hab bandar utama mendedahkan bahawa Dubai menawarkan salah satu proposisi nilai paling menarik untuk pihak pelabur. Hal ini disokong oleh status Dubai sebagai salah satu daripada hanya 20 kawasan metropolitan* di Timur Tengah dan Afrika berbanding 51 kawasan metro di AS, 43 di Eropah Barat, 25 di Asia Pasifik Termaju, 20 di Asia Pasifik Baru Muncul dan lebih 103 di China.

Dengan kos hartanah kediaman di lokasi-lokasi utama seperti Dubai Creek Harbour dan Downtown Dubai kira-kira bernilai US$550 (AED 2,020) bagi setiap kaki persegi dan KDNK per kapita di UAE pada nilai US$40,698**, para penganalisis menyebutkan bahawa potensi pertumbuhan untuk Dubai adalah lebih tinggi berbanding mana-mana hab bandar utama yang lain.

Satu pandangan komparatif   
Purata harga bagi setiap kaki persegi untuk hartanah*** dan KDNK per kapita di bandar-bandar global  

Bandar

Harga purata hartanah premium (USD)

KDNK per kapita (USD)**

Dubai/UAE

550

40,698

Shanghai 

2,125

32,684

Bandar Raya New York

4,100

73,938

Paris 

4,400

65,354

London 

5,300

55,947

Tokyo

7,600

43,884

Hong Kong

11,000

56,571


Di manakah kebanyakan pertumbuhan akan berlaku? 

Dubai, meskipun dengan KDNK per kapitanya yang tinggi, menawarkan hartanah kediaman paling kompetitif di destinasi-destinasi premiumnya. Ini telah mendorong minat individu-individu dengan nilai bersih tinggi untuk melabur dalam pembangunan berprestij seperti Dubai Creek Harbour, Downtown Dubai, Dubai Hills Estate, Dubai Marina dan Emaar Beachfront.

Tarikan Dubai turut didorong oleh peningkatannya dalam kedudukan kos sara hidup. Menurut Mercer, Dubai tidak lagi berada dalam senarai 25 bandar paling mahal di dunia, setelah menurun kedudukannya daripada tempat ke-19 kepada ke-26. Sementara itu, Hong Kong, Tokyo, Zurich, Singapura, Seoul, Shanghai dan Beijing, yang mempunyai kadar hartanah kediaman yang tinggi, adalah antara 10 bandar paling mahal di dunia.

Pelabur-pelabur mempunyai proposisi yang menarik di Dubai Creek Harbour, iaitu destinasi rancangan induk yang terletak di sepanjang Dubai Creek, dan dikukuhkan oleh ikon global baharu, Dubai Creek Tower. Ia akan turut membawakan Dubai Square, metropolis runcit masa depan yang mempunyai Chinatown terbesar di rantau ini.

Untuk butiran, hubungi: 
Kelly Home
ASDA'A BCW; +9714-4507-600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Travel Survey, Polls & Research