omniture

Trina Solar akan hadiri Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Grid Antarabangsa (IOREC) ke-4

Trina Solar Limited
2018-10-26 22:16 562

CHANGZHOU, China, 26 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited mengumumkan ia telah diundang untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Grid Antarabangsa (IOREC) kali ke-4 di Singapura, mulai 31 Oktober hingga 1 November 2018. Serentak dengan persidangan ini, Trina Solar akan turut berada di reruai pameran J01 bagi memperkenalkan penyelesaian mikrogrid yang paling andal dan canggih.

Sebagai penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia untuk tenaga solar, Trina Solar mengkhusus terhadap penyesuaian dan aplikasi sistem tenaga mikrogrid. Berkolaborasi dengan Kementerian Alam Sekitar dan Tenaga Maldives, Trina Solar telah menyiapkan projek untuk mengaplikasikan penyelesaian mikrogridnya kepada 14 pulau di Maldives. Projek ini berupaya menghasilkan 4 juta kWh kuasa solar setahun, meliputi penggunaan lebih 1,500 isi rumah.

Dengan menyediakan penyelesaian sehenti termasuk perundingan perindustrian, reka bentuk tersuai, tinjauan komponen, perolehan, penyepaduan sistem, pembinaan, latihan di lapangan, penempahan dan sebagainya, Trina Solar berjaya menyepadukan modul-modul PV dan sistem-sistem simpanan tenaga dengan sistem-sistem kuasa diesel sedia ada di Maldives. Menggunakan sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data (SCADA) bebasnya, penyelesaian mikrogrid Trina Solar berupaya menyepadukan modul-modul PV, sistem-sistem simpanan tenaga dan sistem-sistem diesel dengan pintar. Projek ini menjadi projek rintis mikrogrid pulau dan perintis penyelesaian yang menggunakan kuasa hibrid.

Dengan misi untuk "menerajui lapangan industri PV global dan membina perniagaan berkekalan yang berusaha membawakan tenaga yang lebih bersih, lebih hijau dan lebih mampan kepada orang ramai di seluruh dunia," Trina Solar menyertai Perikatan Pembekalan Elektrik Luar Bandar (ARE). ARE ialah sebuah persatuan perniagaan antarabangsa yang mempromosi industri tenaga boleh diperbaharui terpencar yang mampan, mengaktifkan pasaran-pasaran untuk perkhidmatan tenaga yang berpatutan serta mencipta peluang pekerjaan setempat dan ekonomi inklusif.

Latar Belakang Trina Solar Limited

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen-stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (Internet Komunikasi Benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities