omniture

Menarini Lancar "Pills of Art"

Menarini I.F.R.
2018-10-27 03:36 330

FLORENCE, Itali, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

Tahukah anda Birth of Venus Botticelli merupakan lukisan pertama selepas kejatuhan Empayar Rom yang menampilkan wanita bogel sepenuhnya? Ketika melukis Medusa, Caravaggio berkemungkinan sekali terilham daripada ekspresi wajahnya sendiri?

Semua ini dan lebih lagi kini tersedia di bahagian "Pills of Art" baharu di laman sesawang Menarini; satu ruang yang disediakan khas untuk dunia seni.

Inisiatif baharu ini mengesahkan panggilan seni syarikat yang telah, pada saban tahun selama lebih 60 tahun, menerbitkan monograf tempahan yang dikhususkan kepada pelukis dan pengarca hebat termasuk Leonardo, Michelangelo, Raffaello, Caravaggio dan Giotto. Keanehan karya mereka kini boleh ditemui dalam klip-klip video pada bahagian baharu laman sesawang Menarini, "Pills of Art", yang dikhususkan untuk dunia seni. Hanya dengan satu klik; sebuah pengembaraan bermula di Florence, tempat asal Pharmaceutical Group, antara karya agung Uffizi Gallery.

Untuk meluaskan lagi penghargaan dan pengetahuan warisan seni Itali di luar negara, terutamanya di 136 negara yang menjual produk Menarini, klip-klip video diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Itali dan Inggeris, dan tidak lama lagi akan diterjemah ke dalam bahasa-bahasa lain termasuk Cina, Sepanyol, Jerman dan Rusia.

"Menarini mempunyai tradisi seni yang telah lama bertahan, yang tak lapuk dek masa dan terus berevolusi, hari ini dengan projek Pills of Art," kata Valeria Speroni Cardi, Pengarah Akhbar & Perhubungan Media Menarini Group. "Koleksi seni Menarini, bercirikan bahasa yang mudah, menggamit pembaca bukan sahaja untuk melihat imej, tetapi meneroka perkara-perkara terpeinci yang sering kali tidak kelihatan.  Dengan penerbitan klip video ini, Pharmaceutical Group menyasarkan untuk melibatkan mereka yang meneroka dunia lukisan dan arca buat kali pertama, mendedahkan anekdot dan cerita-cerita di sebalik karya agung seni Itali.  Kami berbangga kerana mencapai misi kami di bawah bimbingan luar biasa Eike Schmidt, Pengarah Uffizi Museum yang, antara lainnya, menunjukkan kami teknik yang digunakan oleh Caravaggio untuk mencipta Medusa."

The Coronation of the Virgin oleh Fra' Angelico, Annunciation oleh Leonardo da Vinci, Judith Slaying Holofernes oleh Artemisia Gentileschi, Eleanor of Toledo oleh Bronzino,The Birth of Venus and Primavera oleh Botticelli merupakan sebilangan klip video yang boleh anda temui di bahagian baharu laman sesawang Menarini.

http://www.menarinipillsofart.com

Source: Menarini I.F.R.
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service New products/services