omniture

VFS Global Tandatangani Kontrak Khidmat Visa Dengan Lapan Kerajaan Eropah

VFS Global
2018-10-27 03:40 407

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ --

- Syarikat menang kontrak untuk sediakan perkhidmatan visa tambahan kepada kerajaan pelanggan berikut: Belgium, Estonia, Jerman, Hungary, Itali, Lithuania, Slovenia dan Republik Czech

Pada Ogos dan September 2018, VFS Global menandatangani lapan kontrak dengan kerajaan pelanggan sedia ada dan baharu bagi meluaskan jaringan perkhidmatan visa mereka.

Mengikut kontrak baharu tersebut, kini VFS Global akan menyediakan perkhidmatan visa untuk:

  • Belgium di Rwanda;
  • Estonia di China, India, Belarus, Turki dan Rusia;
  • Jerman di China dan 13 negara lain di Asia Tenggara;
  • Hungary di India, Belarus, Kazakhstan;
  • Itali di Bahrain dan Ekuador;
  • Lithuania di Ukraine;
  • Slovenia di 13 negara/wilayah (Australia, Bosnia & Herzegovina, Kanada, Iran, Kosovo, Mexico, New Zealand, Serbia, Korea Selatan, Taiwan, UAE, UK, AS); dan
  • Republik Czech di Vietnam, Mongolia dan Uzbekistan

VFS Global merancang untuk membuka 97 Pusat Permohonan Visa tambahan bagi memenuhi keperluan kontrak baharu dan menawarkan pemohon dengan proses permohonan visa yang senang dan mudah di negara/wilayah tambahan ini. Pelancaran kesemua operasi baharu ini dijangka selesai pada pertengahan tahun 2019.

Zubin Karkaria, Ketua Pegawai Eksekutif, VFS Global Group, berkata, "VFS Global bersyukur atas kepercayaan dan muhibah yang diberikan oleh negara-negara anggota Eropah kepada kami selama bertahun-tahun ini. Menerusi pembaharuan / lanjutan hubungan kami baru-baru ini dengan lapan kerajaan Eropah merentas pelbagai wilayah, kami berasa sukacita untuk menawarkan perkhidmatan visa berkualiti tinggi kami kepada lebih ramai pemohon visa."

Chris Dix, Ketua - Pembangunan Perniagaan, VFS Global, berkata, "Ini telah menjadi suku tahun yang hebat buat VFS Global. Hari ini, VFS Global ialah rakan kongsi dipercayai oleh 61 kerajaan pelanggan, sebahagian besarnya disebabkan oleh pendekatan tanpa kompromi kami dalam menggunakan teknologi sebagai pemacu perniagaan utama dan sentiasa menginovasi agar pemohon visa dapat terus menikmati perkhidmatan visa yang lancar dan mudah di seluruh dunia."  

Latar Belakang VFS Global  

VFS Global ialah pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi yang terbesar di dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik di seluruh dunia. VFS Global, beribu pejabat di Dubai, UAE, berasal dari Switzerland dan merupakan sebuah syarikat portfolio EQT, sebuah firma ekuiti persendirian yang terkemuka di dunia dan beribu pejabat di Stockholm, Sweden.

Dengan 2709 Pusat Permohonan, operasi di 141 negara merentas lima benua dan lebih 182 juta permohonan yang diproses setakat 30 September 2018, VFS Global merupakan rakan kongsi dipercayai oleh 61 kerajaan pelanggan.

Perhubungan Media:    
Sukanya Chakraborty
sukanyac@vfsglobal.com
communications@vfsglobal.com   

Source: VFS Global
Keywords: Travel Contracts European Government