omniture

Ekspo Import Antarabangsa China Pertama Alu-alukan 2800 Pempamer dari lebih 130 Negara tatkala China Ingin Tingkatkan Import

China International Import Expo
2018-10-27 03:46 615

- Brazil Sasar Sektor Kopi China yang Meningkat Naik

- Rusia bakal adakan "acara sampingan pengeksport" menempati ruang pameran seluas 2000 meter persegi

- 30 Syarikat British bakal Hadir dalam Usaha Tingkatkan Eksport

SHANGHAI, 27 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama bakal menghimpunkan 2800 syarikat dari lebih 130 negara dan wilayah untuk bertemu dengan lebih 150,000 pembeli di Shanghai mulai 5 hingga 10 November 2018.

Ekspo Import Antarabangsa China Pertama Alu-alukan 2800 Pempamer dari lebih 130 Negara tatkala China Ingin Tingkatkan Import
Ekspo Import Antarabangsa China Pertama Alu-alukan 2800 Pempamer dari lebih 130 Negara tatkala China Ingin Tingkatkan Import

Di samping lebih 200 syarikat yang terkemuka dalam industri yang bakal mengadakan pameran, banyak pempamer CIIE 2018 adalah dari negara-negara anggota G20 selain negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Inisiatif Jalur dan Jalan. Menjurus ke arah pembukaan pasaran pengguna China, lebih 100 syarikat dari lebih 30 negara Afrika akan turut hadir.

"CIIE memberi peluang yang sangat baik untuk pempamer melangkaui norma dan meningkatkan status-quo tahap perdagangan semasa. Ia juga memberi peluang kepada negara-negara sedang membangun untuk terlibat bersama syarikat-syarikat Cina dan mempamerkan produk mereka. Di CIIE, saya pasti kita akan dapat menyaksikan trend baharu dalam kemunculan perdagangan dan kerjasama," kata Sun Chenghai, Timbalan Ketua Pengarah Biro Ekspo Import Antarabangsa China dan Presiden Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).

Brazil Sasar Eksport Makanan ke China

Lebih 90 syarikat Brazil akan mempamerkan produk-produk mereka dalam sektor makanan dan pertanian, pakaian dan produk pengguna, peralatan perubatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan; dengan kopi menjadi salah satu tumpuan utama, memandangkan lebih 10 pengeluar kopi Brazil bersiap sedia untuk memaparkan pilihan gourmet mereka di ekspo ini, dengan harapan untuk memperoleh bahagian yang lebih besar dalam pasaran Cina.

"Kami merupakan pengeluar dan pengeksport kopi yang terbesar di dunia. Namun demikian, kopi Brazil dimasukkan ke dalam adunan jenama-jenama global yang amat terkenal," kata Igor Brandao, pengarah perniagaan tani di Agensi Promosi Perdagangan Asing (Apex) kebangsaan. "Ekspo ini merupakan platform yang hebat untuk menyokong dan mempromosi kemasukan jenama-jenama Brazil ke dalam pasaran Cina, dengan mengambil kira  kelebihan kopi Brazil di dunia."

Produk British Lebih Berkualiti untuk Pengguna Cina

UK, salah satu Tetamu Kehormat acara ini, akan membawakan lebih 30 syarikat British daripada sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, sains hayat, perkhidmatan kewangan dan profesional, pendidikan, industri kreatif, barangan pengguna, produk makanan dan pertanian, penerbangan dan aeroangkasa, automotif, AI dan Data Raya; menampilkan syarikat-syarikat termasuk JLR, Standard Chartered, HSBC, Kenwood dan British Airways.

"Britain mempunyai reputasi kerana kemantapan industri kreatif, pendidikan dan perkhidmatan kewangan. Namun demikian, pengguna Cina kurang terdedah dengan beberapa produk pembuatan, aeroangkasa dan automotifnya yang berkualiti tinggi. Kami berharap CIIE dapat menjadi peluang yang baik untuk pengguna Cina melihat beberapa produk British yang paling baik daripada pelbagai industri," kata John Edwards, Konsul Jeneral British di Shanghai.

Mengundang Dunia Menjual kepada China

Pempamer-pempamer termasuk Jerman, Perancis dan Rusia teruja untuk menyertai acara yang pertama di dunia itu. Delegasi-delegasi dari Rusia, yang akan menganjurkan acara sampingan "pengeksport Rusia" dengan produk di kawasan berkeluasan 2000 meter persegi daripada beberapa industri. Jerman akan menyediakan ekspo tersebut dengan pameran terbesarnya – Mesin kisar 200 tan yang disediakan oleh Waldrich Coburg. Utusan-utusan dagangan dari Republik Korea juga berharap akan dapat meluaskan peluang-peluang melangkaui sektor-sektor tradisional seperti industri kosmetik dengan nilai lumayan USD 4.96 bilion setahun kepada sektor-sektor bernilai lebih tinggi.

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), dianjurkan oleh biro Ekspo Import Antarabangsa China dan National Exhibition and Convention Center (Shanghai) Co., Ltd, ditaja bersama-sama Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai. Sebagai pameran pertama seumpamanya, ia disokong oleh organisasi-organisasi antarabangsa termasuk WTO, UNCTAD dan UNIDO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.ciie.org

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181025/2279256-1

Source: China International Import Expo
Related Links:
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events