omniture

Black Desert Online Dianugerah MMORPG Terbaik Tahunan

Pearl Abyss
2018-10-29 13:35 249

BANGKOK, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Black Desert Online, dibangunkan oleh Pearl Abyss, telah dianugerahkan sebagai MMORPG Terbaik Tahunan semasa majlis penyampaian Thailand Game Awards di Thailand Game Show 2018 (TGS 2018).

Black Desert Online Awarded Thailand's Best MMORPG of the Year (center right: Pearl Abyss Head of Business Youngchul Ham, center left: Level Up Games CEO Nawaphan Piyawannakorn)
Black Desert Online Awarded Thailand's Best MMORPG of the Year (center right: Pearl Abyss Head of Business Youngchul Ham, center left: Level Up Games CEO Nawaphan Piyawannakorn)

Thailand Game Awards diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada TGS 2018 untuk mengiktiraf syarikat-syarikat permainan yang cemerlang untuk kandungan dan perkhidmatan permainan yang berkualiti, dan Black Desert Online membawa pulang gelaran MMORPG Terbaik Tahunan yang berprestij.

Black Desert Online mula dilancarkan di Thailand pada awal tahun 2018 dan hanya selepas 10 bulan, Black Desert Online menjadi salah satu permainan main peranan dalam talian berbilang pemain yang paling banyak dimainkan secara besar-besaran (MMORPG) di rantau ini. Permainan ini terkenal dengan sistem penyesuaian termaju, grafik yang meneraju industri, main aksi canggih dan dunia terbuka yang luas.

Hanya seminggu selepas pembangun memberikan penambahbaikan grafik dan audio lengkap kepada permainan tersebut pada 23 Ogos lalu, bilangan pengguna baharu dan pengguna kembali semula telah meningkat masing-masing sebanyak 600% dan 243%, manakala bilangan pengguna aktif harian (DAU) meningkat 20% berbanding minggu sebelumnya.

"Bagi pihak pasukan Pearl Abyss, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Petualang Thai kami yang aktif bermain permainan kami selain mereka yang hadir untuk menyokong kami di TGS 2018," ujar Ketua Bahagian Perniagaan Pearl Abyss, Youngchul Ham. "Kami mula mengenali dan amat menghargai Asia Tenggara semasa 10 bulan perkhidmatan kami di rantau ini. Kami berharap dapat menambah kandungan permainan yang lebih menarik dan terus berkembang maju bersama-sama Petualang kami."

Pencapaian-pencapaian Terdahulu

Pada tahun 2014 dan 2015, Black Desert Online (BDO) dinamakan sebagai MMORPG Terbaik Tahunan oleh GOHARU Rusia. Di Jepun, BDO membawa pulang Anugerah Permainan Terbaik Web Money buat tiga tahun berturut-turut bermula pada tahun 2015. MMORPG juga memilih BDO sebagai MMORPG baharu Terbaik pada tahun 2016, salah satu daripada 10 MMO Terbaik bagi tahun 2017 dan 2018, manakala kedua-dua MMOS dan Massively OP memilih permainan tersebut sebagai MMORPG Terbaik Tahunan bagi tahun 2016. Selepas dilancarkan di Taiwan pada tahun 2017, BDO menerima Anugerah Taipei Game Start dan menduduki tempat pertama dalam kedudukan permainan Bahamut. Dalam tahun 2017 juga, BDO dianugerahkan sebagai Pemenang Persembahan Terbaik di Brazil Game Show 2017.

Latar Belakang Black Desert Online

Black Desert Online ialah MMORPG aksi dunia terbuka yang mempunyai visual canggih dan pertempuran berasaskan kemahiran yang menakrifkan semula bagaimana kita melihat sesuatu genre. Black Desert Online mempunyai sistem penyesuaian watak sepenuhnya yang paling maju berbanding mana-mana permainan yang kini terdapat dalam pasaran. Ciri ini membolehkan pengguna untuk keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan setiap pemain. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi secara umumnya. Permainan ini dilancarkan dengan jayanya di lebih 150 negara, disediakan dalam 12 bahasa dan mempunyai lebih 10 juta pengguna berdaftar. Versi mudah alih dan konsol dijadual untuk dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018 dan seterusnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181029/2277821-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Awards