omniture

AntWorks Ganding Bahu Dengan LiveChat Tingkatkan Perbualan Dalam Talian dan Percepat Kegembiraan Pelanggan

AntWorks
2018-10-29 19:33 302

SINGAPURA dan WROCLAW, Poland, 29 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- AntWorks, sebuah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mengumumkan satu perkongsian dengan LiveChat, sebuah syarikat yang menawarkan perisian khidmat pelanggan premium yang digunakan oleh perniagaan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang melayari laman sesawang mereka. Penerima-penerima manfaat utama daripada perkongsian ini ialah pelanggan bersama antara AntWorks dan LiveChat yang akan berupaya meningkatkan khidmat pelanggan selain kualiti perbualan dalam talian. Menerusi perkongsian ini, kedua-dua LiveChat dan AntWorks membuktikan bahawa mereka menumpu pada inovasi dalam perniagaan teknologi yang pantas berubah dan dinamik.

Penyelesaian tersebut memanfaatkan produk LiveChat yang menyokong atau menggantikan kaedah-kaedah jualan tradisional dalam sesebuah syarikat. LiveChat membantu mendekati pelanggan yang mengunjungi laman sesawang syarikat atau kedai dalam talian dengan pantas dan secara intuitif. Di samping itu, LiveChat membantu perniagaan mewujudkan kegembiraan pelanggan melalui sokongan dalam talian segera yang membimbing pelanggan dengan lancar menerusi perjalanan pembelian mereka.

AntWorks dikenali kerana menakrifkan semula landskap pengautomatan dengan menangani cabaran data menerusi platform uniknya, ANTstein™. Platform pengautomatan yang pintar, bersepadu dan hujung-ke-hujung yang pertama dan satu-satunya serta tidak menggunakan OCR, ANTstein™ dibangunkan menggunakan prinsip-prinsip rangkaian fraktal dan bukannya rangkaian neural. Selain itu, AntWorks menawarkan Pembacaan Mesin Kognitif, Pengautomatan Proses Robotik dan Pembelajaran Mesin bersepadu digandingkan dengan Pemahaman Bahasa Tabii, yang membezakannya daripada pengusaha-pengusaha RPA semasa yang lain.

"Dengan ANTstein, kami telah membangunkan platform berkuasa bagi menangani salah satu cabaran terbesar untuk industri - data tidak berstruktur," kata Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AntWorks, menambah, "Menerusi perkongsian LiveChat, kami akan mendayakan perniagaan untuk memudahkan pengalaman dalam talian untuk pelanggan akhir mereka. Platform ANTstein kami dapat dimanfaatkan untuk menyediakan pemahaman bahasa tabii dan keupayaan pembelajaran mesin, selain kebolehan untuk membawa data yang diproses ke dalam mana-mana sistem menggunakan alat pengautomatan proses robotik kami. Hasilnya, alat komunikasi, sumber dan kepakaran LiveChat akan meningkatkan keupayaan pengautomatan dan kecerdasan buatan Antworks. Kami berharap dapat membangunkan lebih banyak penyelesaian bersepadu sedemikian untuk pelanggan bersama kami."

LiveChat 

LiveChat Software S.A. ialah sebuah syarikat IT global yang beroperasi dalam model SaaS (Perisian sebagai satu Perkhidmatan). LiveChat terus mendominasi pasaran menerusi lebih 25,000 pelanggan di lebih 150 negara.

AntWorks 

Teknologi-teknologi AI dan RPA rintis daripada AntWorks membantu perusahaan-perusahaan dengan pengautomatan berkesan untuk meningkatkan produktiviti, memasuki pasaran dengan lebih pantas, meningkatkan kegembiraan pelanggan sambil mengurangkan kos. AntWorks berjaya melaksanakan penyelesaiannya di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Perhubungan Media:
Dexter Villota
Naib Presiden - Perancangan Korporat, AntWorks.
dexter.villota@ant.works  

Pengautomatan pintar: https://www.ant.works/automation 
Asheesh Mehra: https://www.ant.works/about-us

Sumber: AntWorks

Source: AntWorks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements