omniture

Projek PEACE Cable Masuki Peringkat Pembuatan Kabel dan Bahan

Hengtong Group
2018-10-30 01:41 880

SUZHOU, China, 30 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- PEACE Cable International Network Co., Ltd, subsidiari milik HENGTONG, dengan sukacitanya mengumumkan hari ini, bersama-sama Huawei Marine Networks Co. Ltd, bahawa projek PEACE Cable telah memasuki peringkat pembuatan kabel dan bahan. Sistem PEACE Cable yang merangkumi 12,000 km akan menghubungkan Asia, Afrika serta Eropah dan disasarkan untuk bersedia memberikan perkhidmatan pada suku pertama tahun 2020.

Setelah siap, sistem PEACE Cable berkelajuan tinggi, 200G dan 16Tbps bagi setiap pasangan gentian akan menawarkan laluan paling pendek dari China ke Eropah dan Afrika, seraya mengurangkan kependaman dengan ketara serta menyediakan lebuh raya maklumat baharu demi saling hubungan antara wilayah berkenaan. Akses terbuka sistem tersebut dan pusat-pusat data pembawa berkecuali akan memberi impak yang besar di negara-negara yang terhubung kepada sistem kabel tersebut.

Kabel projek yang digunakan ini adalah daripada Hengtong Marine Cable Systems, yang mana kabel bawah lautnya telah digunakan di seluruh dunia dalam projek-projek terkini seperti projek FOA di Chile, projek PNG di Papua New Guinea, projek Avassa di Comoros, projek NaSCOM di Maldives, projek Megacable di Mexico dan projek IGW di Peru.

Sun Xiaohua, Ketua Pegawai Operasi PEACE Cable berkata, "PEACE Cable telah mencipta model perniagaan baharu dalam industri kabel bawah laut yang membina penghubung demi komunikasi wilayah-wilayah ini serta menyediakan peluang-peluang ketersambungan kepada pengusaha-pengusaha di sepanjang laluan dengan melabur dalam cawangan serta memperoleh lebar jalur pada sesalur dengan cekap."

Latar Belakang Projek PEACE Cable

Projek PEACE Cable ialah sistem kabel milik persendirian sepanjang 12,000 km dan menyediakan perkhidmatan yang bersifat terbuka, anjal dan pembawa-berkecuali untuk pelanggannya.

Reka bentuk sistem tersebut akan mengguna pakai teknologi 200G dan teknologi WSS yang terkini, yang menyediakan keupayaan untuk menghantar lebih 16Tbit/s bagi setiap pasangan gentian, demi memenuhi keperluan kapasiti serantau yang semakin meningkat.

Rangkaian ini akan menyediakan laluan yang pelbagai serta berkesan kos untuk peningkatan permintaan terhadap kapasiti antara Asia, Afrika serta Eropah dan topologi tersebut akan mengurangkan kependaman rangkaian dengan ketara dengan mengguna pakai ketersambungan laluan terus yang paling pendek serta meningkatkan kepelbagaian laluan antara mereka.

 

Source: Hengtong Group
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment