omniture

GCL Perkukuh Perkongsian dengan Mitsui Jepun Sewaktu Rancangan Kerjasama Pasaran Pihak Ketiga China-Jepun

GCL Group
2018-10-30 15:00 247

BEIJING, 30 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Zhu Gongshan, Pengerusi GCL Group ("GCL"), penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka di dunia untuk projek-projek solar, mengambil bahagian dalam Forum Kerjasama Pasaran Pihak Ketiga China-Jepun ("Forum") pertama. Forum ini diadakan bersempena dengan kunjungan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ke Beijing, yang bertujuan untuk menggabungkan kekuatan ekonomi kedua-dua negara. Syarikat-syarikat dari China dan Jepun telah memeterai lebih 50 perjanjian perkongsian di Forum ini, dan GCL Group merupakan sebahagian daripadanya. GCL telah mencapai persetujuan dengan Mitsui & Co., Ltd. Jepun berhubung pelaksanaan projek-projek pelaburan dan akan terus meninjau lebih banyak peluang perkongsian.

Di Forum berkenaan, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan untuk kerjasama pasaran pihak ketiga, GCL bertukar-tukar idea dengan wakil-wakil syarikat Jepun bagi mengukuhkan kerjasama dalam bidang-bidang tenaga bersih dan tenaga baharu peringkat antarabangsa dan tempatan.

Forum berkenaan turut bertindak sebagai platform penting untuk 1,600 pegawai kerajaan, wakil industri utama dan perusahaan dari China dan Jepun yang menghadirinya bagi bertukar-tukar pendapat tentang saluran baharu bagi kerjasama dalam pelbagai industri.

GCL Group memiliki kehadiran kukuh di negara-negara yang berada dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" (BRI) China dan telah mengukuhkan pembangunan projek-projek solar di dalamnya. GCL terus menerobos lebih jauh menerusi lebih banyak perjanjian kerjasama tatkala ia berkembang ke luar negara manakala perjanjian perkongsian dengan Mitsui & Co., Ltd Jepun adalah selari dengan strategi pengembangan keseluruhan GCL.

Latar Belakang GCL Group

Golden Concord Group Limited ("GCL") ialah sebuah kumpulan tenaga global yang mengkhusus dalam tenaga bersih, tenaga baharu dan industri-industri berkaitan. Ia merupakan pengeluar terkemuka di dunia bagi bahan-bahan silikon menerusi teknologi termaju. GCL membekalkan 30% daripada bahan-bahan PV yang amat cekap kepada dunia. Jumlah kapasiti terpasang untuk stesen-stesen janakuasa PV menduduki tempat kedua di dunia. GCL telah membentuk rantaian perindustrian PV yang paling bersepadu di dunia yang mempunyai himpunan harta intelek yang terbesar.

Source: GCL Group
Keywords: Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements