omniture

Sonata Software Dilantik Dalam Inner Circle 2018-2019 untuk Microsoft Dynamics

Sonata Software
2018-10-30 21:00 329

BANGALORE, India, 30 Oktober 2018 /PRNewswire-FirstCall/ -- Sonata Software , sebuah syarikat teknologi global yang mendayakan kejayaan inisiatif-inisiatif transformasi digital berasaskan platform untuk perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan sebagai ahli Inner Circle untuk Microsoft Dynamics bagi tahun 2018-2019. Menerusi pengiktirafan ini, Sonata Software menjadi sebahagian daripada kumpulan elit yang terdiri daripada beberapa rakan-rakan kongsi Microsoft Dynamics strategik Microsoft yang paling menjadi rebutan dari seluruh dunia.

"Bermula dengan perekayasaan produk-produk Microsoft Dynamics 365 kepada penaiktarafan sebilangan kecil pelanggan pertama ke dalam Dynamics 365, penglibatan Sonata Software dengan Microsoft Dynamics telah lama bermula. Sonata Software juga merupakan sebahagian daripada Rakan Kongsi Microsoft Dynamics utama dan merupakan ahli Majlis Penasihat Global Microsoft. Microsoft Dynamics juga menjadi teras dalam strategi Platformation[TM] kami yang membantu perusahaan-perusahaan memudahkan peralihan kepada pendigitan. Sonata memiliki rekod prestasi terbukti dalam mengusahakan beberapa projek transformasi global dipacu Dynamics khususnya dari segi vertikal tumpuan kami terhadap pengagihan dan peruncitan," kata Srikar Reddy, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Sonata Software.

Sonata Software mempunyai campuran beraneka pelanggan Dynamics 365 termasuk beberapa pelanggan Dynamics 365 terbesar di seluruh dunia. Ia juga mempunyai pasukan Dynamics 365 yang kuat selain perunding AX dan CRM. Di samping itu, ia merupakan CSP Tahap-1 untuk Microsoft merentas beberapa negara.

"Rakan-rakan kongsi menjadi komponen asas dalam strategi memasuki pasaran kami dan kami amat menghargai sumbangan mereka ke arah pengembangan perniagaan kami. Sonata Software ialah salah satu rakan kongsi terdekat kami dan telah bekerjasama erat bersama kami untuk memberi nilai hebat kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk memberikan pengiktirafan yang layak diterima ini kepada syarikat tersebut tatkala kami mengalu-alukan kehadirannya dalam Inner Circle kami untuk Microsoft Dynamics. Kami amat menghargai rekod prestasi penghantaran yang bersih Sonata Software serta pelaburannya dalam pembangunan rangka kerja dan kaedah-kaedah boleh diguna semula untuk Microsoft Dynamics," kata Cecilia Flombaum, Pengarah Kanan, Microsoft, organisasi One Commercial Partner.

Sonata Software ialah Rakan Kongsi Pusat Pembangunan ISV global untuk Microsoft Dynamics bagi kedua-dua Operasi & CRM. Syarikat juga mempunyai dua perisian IP yang dibangunkan dalam Microsoft Dynamics. Perisian berkenaan ialah Brick & Click, platform runcit digital bersepadu sepenuhnya untuk mendapatkan yang terbaik daripada kedai dan dalam talian serta Modern Distribution, platform digital untuk industri pengedaran. Ia juga mempunyai Instrumen Dinaik Taraf proprietari untuk penaiktarafan yang ringkas dan terus daripada AX 2009 hinggalah kepada Dynamics 365.

Latar Belakang Sonata Software 

Sonata ialah sebuah syarikat teknologi global yang mendayakan kejayaan inisiatif-inisiatif transformasi digital berasaskan platform untuk perusahaan, bagi mencipta perniagaan yang terhubung, terbuka, Pintar dan boleh diskala. Kaedah Platformation™ Sonata menghimpunkan kepakaran industri, kecemerlangan teknologi platform, inovasi dipacu pemikiran reka bentuk dan model penglibatan strategik untuk memberi nilai jangka panjang yang berterusan kepada pelanggan. Sebagai rakan kongsi dipercayai oleh peneraju-peneraju dunia dalam industri Peruncitan, Pengedaran, Perjalanan dan Perisian, portfolio penyelesaian Sonata menyertakan platform digital miliknya sendiri seperti Brick & Click Retail Platform©, Modern Distribution Platform©, Rezopia Digital Travel Platform©, RAPID DevOps Platform© dan Halosys Mobility Platform©, keupayaan terbaik dalam kelas bagi platform-platform teknologi digital ISV seperti Microsoft Dynamics 365, Microsoft Azure, SAP Hybris, Perkhidmatan Kejuruteraan Awan dan Terurus, selain aplikasi-aplikasi digital baharu seperti IoT, Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Pengautomatan Proses Robotik, Robot Sembang, Rantaian Blok dan Keselamatan Siber. Kakitangan dan sistem Sonata dipupuk bagi menghimpunkan keluasan bagi aspek kepimpinan pemikiran, komitmen pelanggan dan kecemerlangan pelaksanaan bagi mencetuskan perubahan kepada perniagaan menerusi teknologi.

Untuk maklumat lanjut, akhbar sahaja:
Nandita Venkatesh
Sonata Software Limited
CIN- L72200MH1994PLC082110
A.P.S. Trust Building,
Bull Temple Road, N.R. Colony
Bangalore 560019, India
Tel: +91-80-67781999
Nandita.v@sonata-software.com

Source: Sonata Software
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications