omniture

JNA Awards dedahkan senarai rakan kongsi tahun 2019

JNA
2018-10-31 09:00 956

HONG KONG, 31 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat penjana industri, Chow Tai Fook Jewellery Group, Shanghai Diamond Exchange dan DANAT terus memimpin JNA Awards sebagai Rakan Kongsi Utama bagi tahun 2019, dengan KGK Group, Shanghai Gems & Jade Exchange (CSGJE) dan Guangdong Land Holdings Limited (GDLAND) menjadi Rakan Kongsi Kehormat.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/jna_201810.shtml

Partners showed steadfast support for JNA Awards 2019. From left: Sanjay Kothari, Vice Chairman of KGK Group; Kent Wong, Managing Director of Chow Tai Fook; Wolfram Diener, Senior Vice President of UBM Asia; Letitia Chow, Chairperson of the JNA Awards, Founder of JNA and Director of Business Development – Jewellery Group at UBM Asia; Kenneth Scarratt, CEO of DANAT; Lin Qiang, President and Managing Director of SDE; and Simon Chan, Co-Founder, Member of the Board and Executive Vice President of CSGJE

The JNA Awards 2018 Ceremony and Gala Dinner was successfully held on 17 September, with 16 Recipients being honoured across 13 categories. Close to 500 industry leaders and elites from around the world attended the event.

Honourees marched in to the JNA Awards 2018 Gala Dinner to share their achievements and happiness with their peers from the trade
Honourees marched in to the JNA Awards 2018 Gala Dinner to share their achievements and happiness with their peers from the trade
Most prestigious awards for the international jewellery and gemstone industry
Most prestigious awards for the international jewellery and gemstone industry

JNA Awards ialah salah satu platform dan program anugerah yang paling berpengaruh dalam industri barang kemas dan batu permata antarabangsa. Majlis penandatanganan perkongsian diadakan di Hong Kong pada 17 September.

Letitia Chow, Pengerusi JNA Awards, Pengasas JNA dan Pengarah Pembangunan Perniagaan -- Jewellery Group di UBM Asia, berkongsi dalam majlis penandatanganan tersebut, "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi yang mempunyai visi dan komitmen yang sama untuk menggalakkan kemajuan industri bersama-sama."

"Sebagai perintis industri, Chow Tai Fook berbangga kerana dapat menyokong JNA Awards sebagai Rakan Kongsi Utama selama lapan tahun berturut-turut. Kami percaya bahawa kemampanan merupakan keutamaan kami. Melalui kolaborasi ini, kami mampu berusaha bersama-sama dan memacu pembangunan makmur yang menyumbang kepada kejayaan lebih besar industri barang kemas," kata Kent Wong, Pengarah Urusan Chow Tai Fook.

Lin Qiang, Presiden dan Pengarah Urusan SDE berkata, "SDE mendapat keistimewaan untuk menyaksikan kemunculan Anugerah dari peringkat awal dan cabaran-cabaran besar yang telah dapat ditangani olehnya bagi menjadi program anugerah yang hebat untuk perdagangan tersebut. SDE akan terus bekerjasama erat dengan pasukan Anugerah bagi membawakan Anugerah yang hebat ini ke tahap baharu."

Kenneth Scarratt, Ketua Pegawai Eksekutif DANAT berkongsi, "Ini merupakan satu penghormatan kerana dapat menjadi Rakan Kongsi Utama JNA Awards bagi tahun 2019 dan kerana berpeluang untuk mempromosi DANAT dan Kerajaan Bahrain kepada pemimpin-pemimpin global daripada industri batu permata dan barang kemas pada platform elit ini. Penting untuk komuniti bekerja keras untuk terus meningkatkan amalan dan standard industri yang halus ini."

"Jalinan kerjasama dengan JNA Awards telah menjadi suatu pengalaman yang luar biasa. Anugerah ini menyediakan platform untuk komuniti bagi meraikan dan berkolaborasi dengan perusahaan-perusahaan dan individu-individu yang menunjukkan teknik-teknik pengurusan cemerlang, pendekatan inovatif dan strategi yang bertanggungjawab secara sosial. Anugerah ini pastinya akan mencapai tahap yang lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang," seperti yang dikongsikan oleh Sanjay Kothari, Naib Pengerusi KGK Group.

Simon Chan, Pengasas Bersama, Ahli Lembaga dan Naib Presiden Eksekutif CSGJE berkata, "Tahun 2019 ialah tahun inovasi dan pembangunan untuk industri batu permata di China. CSGJE berharap agar dengan berkolaborasi bersama Anugerah ini, kami akan dapat memacu kemajuan industri dan terus menyebarkan kesedaran tentang inovasi dalam komuniti barang kemas antarabangsa."

"GDLAND berharap dapat bekerjasama dengan JNA Awards untuk tahun keenam berturut-turut bagi tahun 2019. Bersama-sama Anugerah ini, kami ingin meninjau dan mencipta peluang untuk industri barang kemas, bagi mempromosi transformasi yang positif dalam industri," simpul Liu Zheng, Timbalan Pengurus Besar GDLAND.

Untuk maklumat lanjut:

Pemasaran JNA Awards
UBM Asia (Hong Kong)
+852-2516-2184
marketing@jnaawards.com

Source: JNA
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Awards