omniture

Sidang Kemuncak Liberalisasi dan Fasilitasi Perdagangan dan Pelaburan + SCO China (Qingdao) Diadakan di Jiaozhou, China

Tumpu pewujudan zon-zon rintis tempatan rangsang kerjasama perdagangan
China (Qingdao) SCO + Trade and Investment Liberalization and Facilitation Summit
2018-10-31 19:51 265

JIAOZHOU, China, 31 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Liberalisasi dan Fasilitasi Perdagangan dan Pelaburan + SCO China (Qingdao) telahpun diadakan di Jiaozhou, sebuah bandar bersebelahan Qingdao, di Wilayah Shandong, China, pada sebelah pagi 28 Oktober. Lebih 300 hadirin termasuk pemimpin-pemimpin perdagangan dan pelaburan berpengaruh, wakil-wakil dari negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) serta negara-negara Timur Tengah yang disasarkan oleh inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan, selain para eksekutif daripada firma-firma keusahawanan di Beijing, Shanghai, Jiangsu dan Zhejiang, berhimpun di Jiaozhou bagi membincangkan isu-isu berhubung pewujudan dan operasi zon-zon rintis tempatan bagi merangsang kerjasama perdagangan dalam kalangan anggota SCO dan juga antara anggota-anggota SCO dengan negara-negara lain.

Shi Jun, selaku ahli Jawatankuasa Tetap bagi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC Kedua Belas dan timbalan pengarah CPPCC - Jawatankuasa Kecil Ekonomi, menghuraikan tentang kelebihan unik Qingdao dari segi perkhidmatan asas, infrastruktur dan insentif berhubung pembangunan bersepadu. Yang Xiong, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Global Shanghai UNIDO berkata bahawa pewujudan zon-zon rintis China-SCO dengan tujuan untuk memupuk kerjasama perdagangan, melalui perkongsian dengan tujuh negara anggota SCO, diharapkan dapat menyuntik tenaga baharu ke dalam bandar Jiaozhou yang kaya dengan sejarah. Ye Tan, pengulas kewangan yang menulis untuk bahan penerbitan terkemuka, memberi gambaran terperinci tentang peluang-peluang yang dapat dibawakan oleh zon-zon rintis kepada Jiaozhou dari segi keadaan lalu lintas dan kadar urbanisasi yang lebih baik, serta kepada Lingkaran Ekonomi Bohai di sekitarnya, dengan menyatakan bahawa zon-zon rintis akan menjadi amat penting kepada pembangunan berterusan bandar tersebut.

Pihak penganjur mengundang para hadirin untuk melawat beberapa kemudahan tempatan termasuk Qingdao Transfar Smart Road-Port, Taman Perindustrian E-dagang Jingdong, pembuat kilang pemprosesan canggih Korea Selatan Nongshim dan hab pengangkutan kereta api Innova, kesemuanya meninggalkan kesan mendalam kepada hadirin.  

Menuju masa depan, zon-zon rintis ini, sejajar dengan dasar-dasar negara berkaitan, akan mewujudkan persekitaran perniagaan antarabangsa yang adil serta mesra dan menerusi sokongan daripada jirannya yang lebih besar, bandar Qingdao, serta SCO, membangunkan platform terbuka "gedung-sehenti" yang menyasarkan rantau Asia Pasifik, wilayah daratan Eurasia, Afrika dan Amerika Latin, selain untuk memudahkan pelaksanaan berterusan inisiatif Satu Jalur, Satu Jalan.

 

Source: China (Qingdao) SCO + Trade and Investment Liberalization and Facilitation Summit
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation