omniture

Dachang Movie Town CFLD Menang Pengiktirafan Antarabangsa dan Terpilih sebagai Model Bandar Cirian Global

CFLD
2018-11-01 08:21 1535

BEIJING, 1 November 2018 /PRNewswire/ -- Pada 30 Oktober 2018, sesi tahunan ke-13 bagi Forum Global Penempatan Manusia (GFHS), dianjurkan bersama-sama GFHS dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UN ESCAP), telah diadakan di Bangkok, Thailand. Semasa sesi berkenaan, Dachang Movie Town, dibangunkan dan dikendalikan oleh CFLD, terpilih sebagai Model Bandar Cirian Global, menjadikannya kali pertama operasi mampan CFLD bagi konsep bandar perindustrian meraih pengiktirafan daripada organisasi-organisasi antarabangsa arus perdana.  

Lebih 500 peserta berhimpun dalam acara selama dua hari itu, termasuk mantan Presiden Majlis Keselamatan PBB, Penolong Setiausaha Agung dan Duta Perwakilan Tinggi Anwarul K. Chowdhury serta mantan Ketua Cawangan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan bagi Divisyen Teknologi, Industri dan Ekonomi Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Arab Hoballah, bersama-sama pegawai-pegawai kanan lain daripada organisasi-organisasi antarabangsa, utusan-utusan diplomatik, wakil-wakil kerajaan, datuk bandar-datuk bandar serta wakil-wakil semua lapisan masyarakat. Acara tersebut menumpu pada tema untuk memajukan inovasi bandar ke arah mencapai SDG 11 (menjadikan bandar dan penempatan manusia bersifat inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan) serta agenda bandar baharu.

Di majlis penganugerahan bandar mampan dan penempatan manusia 2018, CFLD menerima anugerah Model Bandar Cirian Global untuk projek Dachang Movie Town. Terletak di bahagian utara Bandar Industri Baharu Dachang, yang terletak 30km di timur Pusat Dagangan Dunia China di Beijing dan berada di tebing Sungai Chaobai, Dachang Movie Town CFLD terletak hanya 8km dari pusat pentadbiran baharu Beijing. Susulan strategi pembangunan yang meletakkan kepentingan "inkubasi dan industrialisasi" serta tumpuan pada pembangunan "filem-televisyen tambahan", Dachang Movie Town komited untuk mempromosi pembangunan bersepadu budaya, S&T dan kewangan selain untuk membangunkan rantaian industri filem-televisyen kreatif yang lengkap dan juga ekosistem serba baharu.

Panel hakim percaya bahawa CFLD harus dianugerahkan pengiktirafan tersebut lantaran faktor-faktor berikut. Pertama, projek Dachang Movie Town mempunyai misi termaju untuk membangunkan ekosistem yang kukuh untuk industri perfileman dan televisyen serta industri pelancongan. Dengan kejayaan menarik sebilangan perusahaan terkemuka dalam industri, usaha ini telah mula membuahkan hasilnya. Kedua, dari segi perancangan ruang, projek tersebut mengambil kira "industri" dan "penempatan bandar" dengan sepenuhnya, mengagihkan pusat bandar dan tempat awam di sepanjang tebing sungai dan mewujudkan kawasan kejiranan yang mesra pejalan kaki dan berbilang fungsi. Ketiga, reka bentuk landskap dalam projek tersebut memberi keutamaan kepada ciri-ciri kebudayaan dan membolehkan tema filem-televisyen bergabung jalin dengan babak-babak dalam kehidupan seharian. Lyu Haifeng, Setiausaha Agung GFHS, percaya bahawa pembangunan industri pelancongan filem dan televisyen CFLD mempunyai potensi yang luas dan telah memberi sumbangan positif kepada pembangunan bandar yang mampan.

Menurut En. Chen Huaizhou, Presiden Eksekutif CFLD, sejajar dengan konsep utama iaitu "satu industri khusus untuk setiap bandar perindustrian" dan mendukung dasar model PPP yang cekap, CFLD telah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi mewujudkan jenis bandar perindustrian baharu. Beliau menjelaskan bahawa, dengan memberi tumpuan kepada industri terkemuka, mereka menjalankan kajian mendalam tentang asas perindustrian serantau dan menubuhkan pasukan profesional bagi menyediakan perancangan pembangunan perindustrian yang disesuaikan, penyepaduan sumber global, pengurusan pelaburan, operasi pintar dan perkhidmatan rantaian industri penuh yang lain, dengan tujuan untuk menjamin "operasi mampan bagi setiap bandar perindustrian".

Turut dilaporkan bahawa Dachang Movie Town menggunakan enam studio bertaraf dunia, tiga bilik pameran 4K yang utama di peringkat antarabangsa dan tiga bengkel landskap. Bandar ini telah menandatangani perjanjian dengan lebih 100 perusahaan domestik dan asing dalam industri filem-televisyen kreatif, memberikan pelaburan yang dikontrakkan sebanyak RMB 16.5 bilion. Dua daripada syarikat dikontrakkan yang telahpun bertapak di bandar ini tersebut termasuk Jin FX dan Base FX. Jin FX menghasilkan serigala maya jelas dalam filem "The Wolf Totem", manakala Base FX menghasilkan kesan visual pascapenerbitan yang hebat dalam "Captain America 3" antara filem-filem lain.

GFHS ialah sebuah organisasi antarabangsa bukan kerajaan dan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan di New York pada tahun 2008. Dipengerusikan oleh Duta Anwarul K. Chowdhury, mantan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Penolong Setiausaha Agung dan Perwakilan Tinggi PBB, GFHS "komited terhadap bandar mampan dan penempatan manusia". Sehingga tahun 2017, sesi tahunan Forum Global Penempatan Manusia telah berjaya diadakan selama 12 tahun berturut-turut di seluruh dunia. Pemenang-pemenang Anugerah Bandar Mampan dan Penempatan Manusia 2018 turut melibatkan Bandar Bilbao (Bandar Hijau Global) Sepanyol dan Bandar Pintar (Inovasi Bandar Global) Barueri Brazil.

 

Source: CFLD
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Awards