omniture

UNISOC pamer pelbagai tawaran 5G dan sedia-IoT di Kongres Mudah Alih India 2018 yang labuh tirai baru-baru ini

UNISOC
2018-11-01 08:27 1487

Ambil bahagian dalam acara industri terkenal sebagai Penaja Emas dan perlihatkan
keupayaan teknologi canggihnya  

NEW DELHI, 1 November 2018 /PRNewswire/ -- Menonjolkan kedudukan kepimpinan domainnya dalam industri pembuatan cip set global, syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka UNISOC (dahulunya Spreadtrum Communications) mempamerkan pelbagai tawaran 5G dan IoT yang bersedia untuk masa depan di Kongres Mudah Alih India 2018 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini. Acara selama tiga hari itu dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi (DoT) bersama-sama Persatuan Pengendali Selular India (COAI) mulai 25-27 Oktober 2018 di Aerocity Grounds, New Delhi. UNISOC bergabung dengan acara ini sebagai Penaja Emas.

Antara produk dan penyelesaian yang dipamerkan oleh UNISOC di Kongres Mudah Alih India terkini ialah tawaran unggulan terkininya, SC9863. Dilancarkan baru-baru ini oleh UNISOC, pemproses okta-teras AI berkuasa itu direka bentuk untuk memudahkan pengalaman pengguna yang lancar, meskipun pada aplikasi intensif-sumber yang berkaitan dengan pembelajaran mesin dan AR. Berasaskan teras ARM (Cortex A55), SC9863 menyokong beberapa ciri canggih seperti ID Wajah AI dalam 3D, CAT 7/L+L DSDS, dwikamera 16 MP dan Definisi Tinggi Penuh Tambahan (Full High Definition Plus, FHD+) dengan keupayaan skrin penuh.

Mengulas tentang penyertaan, Neeraj Sharma, Ketua Negara (India) – UNISOC, berkata, "Melihatkan kelajuan teknologi yang mengubah dunia hari ini, pengguna menjadi lebih biasa dengan teknologi canggih seperti pembelajaran mesin, AI, IoT dan AR. Bahkan, mereka berharap peranti mereka dapat menyediakan akses dan menyokong aplikasi-aplikasi era baharu. Untuk kekal kompetitif dan mencapai pertumbuhan, pengusaha-pengusaha dalam bidang peranti mudah alih dan pintar perlu memanfaatkan keperluan pasaran yang semakin berkembang ini dari peringkat paling awal. Inilah jurang yang dimanfaatkan oleh UNISOC."

"Visi UNISOC dihalakan ke arah masa depan dan menyasarkan untuk menghasilkan teknologi paling canggih yang dapat disediakan kepada orang ramai pada harga yang paling berkesan kos. Penyertaan kami di IMC 2018 sebagai Penaja Emas memberi kami peluang untuk menonjolkan kehebatan teknologi dan keupayaan inovatif kami. Kami berbesar hati dengan maklum balas yang diterima daripada para peserta di acara ini dan yakin bahawa ia akan meningkatkan penerimaan pasaran terhadap tawaran 5G dan IoT canggih kami," tambah Neeraj.

UNISOC turut mempamerkan beberapa produk lain di IMC 2018 seperti Cermin Belakang Pintar, pengesan GPRS/GPS BSJ dan Penterjemah Baidu. Penterjemah Baidu didatangkan lengkap dengan SC9850 terbina dalam dan menyokong 4G MiFi, LTE-FDD (B1/2/3/4/5/7/8/17/19/20), LTE-TDD (B38/39/40/41) dan WCDMA (B1/2/4/5/8). Ia turut menyokong teknologi Terjemahan Pintar Baidu dan SIM Awan serta menyokong jenama-jenama global. Demikian juga Cermin Belakang Pintar mempunyai SL8541C terbina dalam dan menyokong LTE/CAT4, penglihatan malam cahaya rendah, meter pecut, giroskop dan pengimbasan cahaya. Melalui produk-produk sedia 5G/IoT yang sedemikian inovatif, UNISOC telah memperjuangkan revolusi ketersambungan pintar baru muncul di India dan menyediakan pengguna seluruh negara dengan instrumen teknologi terkini bagi melengkapi gaya hidup mereka yang turut berkembang.

Latar Belakang UNISOC (dahulunya Spreadtrum Communications)

Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC merupakan sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi yang terkemuka, komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas untuk cip set teras dalam komunikasi mudah alih serta IoT. Produk-produknya mencakupi platform cip set mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G / 3G / 4G, cip set RF, cip set NB-IoT dan eMTC, cip set sambungan tanpa wayar dan cip set TV. Dengan lebih 14 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC menjadi salah satu daripada tiga pembekal cip set jalur asas mudah alih terkemuka di dunia, penyedia pan-cip terbesar di China dan syarikat reka bentuk cip set komunikasi 5G terkemuka di China. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unisoc.com.

Source: UNISOC
Keywords: Semiconductors