omniture

JUST Water Menang Anugerah "Penyelesaian Pempakejan Terbaik" Global Menerusi Botol Karton Tetra Pak

Tetra Pak
2018-11-01 11:37 348

LAUSANNE, Switzerland, 29 Oktober 2018/PRNewswire/ --

 

JUST Water, jenama air global yang inovatif dari Amerika Syarikat, menerima anugerah ‘Penyelesaian Pembungkusan Terbaik’ di Kongres Air Botol Global 2018 menerusi botol karton Tetra Top® yang unik. 

generated by system

 

generated by system

 

generated by system

Ketua Pegawai Eksekutif JUST Goods, Ira Laufer berkata, "Misi JUST adalah untuk melakukan perkara dengan lebih baik dari semua aspek perniagaan kami, bermula dengan penyumberan sehinggalah pembungkusan. Kami percaya bahawa sesuatu pakej atau pembungkusan perlu melindungi dan menawarkan kandungannya dengan memberi impak yang minimum kepada alam sekitar. Selain memastikan kualiti tertinggi dalam kelestarian, fungsi serta mampu menarik perhatian pengguna, Pakej Tetra Top diperbuat daripada 82% sumber boleh diperbaharui, terutama kertas bod yang diperakui FSC™ dan plastik berasaskan bio yang berasal daripada tebu. Pakej ini membolehkan kami memberikan penyelesaian yang lebih baik kepada pelanggan kami, dan pada masa yang sama mencapai misi global kami untuk mengurangkan pencemaran plastik.”

Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Operasi Komersial di Tetra Pak, Charles Brand berkata, "Kami berbesar hati dapat melihat JUST Water memenangi anugerah yang begitu berprestij. Ini mengesahkan bahawa pembungkusan karton adalah amat relevan untuk kategori air, khususnya untuk jenama-jenama yang ingin melakukan lebih lagi kepada alam sekitar, tanpa menjejaskan kemudahan dan fungsi terhadap pengguna.”

Kongres Air Botol Global kali ke-15 diadakan di Evian, Perancis mulai 22 hingga 24 Oktober. Para juri menyampaikan anugerah ‘Penyelesaian Pembungkusan Terbaik’ kepada JUST Water kerana menjadi ‘jenama mantap yang membawa mesej jelas’. Di samping itu, JUST Water juga menawarkan produk yang menarik kepada pengguna dengan cara yang menjimatkan, pragmatik dan bertanggungjawab.

 

JUST Water dilancarkan di AS pada Oktober 2015. Melalui kejayaan jenama tersebut di Amerika Utara, JUST Waters juga telah mulai menembusi Eropah dengan pelancaran di UK pada Ogos 2018. Kini, jenama itu meneruskan matlamat pengembangan global bagi tahun 2019 dan seterusnya pada tahun-tahun akan datang. 

Sumber: Tetra Pak

Source: Tetra Pak
Keywords: Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards