omniture

Johnnie Walker Perkenal 28 Year Old Midnight Blend

Johnnie Walker
2018-11-01 17:00 431

LONDON, 1 November 2018 /PRNewswire/ --

Keluaran Akhir dalam Koleksi Peribadi Pakar Pengadun ialah Wiski Selepas Makan Malam Mewah

Johnnie Walker melancarkan edisi kelima dan terakhir dalam Koleksi Peribadi John Walker & Sons, 28 Year Old Midnight Blend - Wiski Scotch yang halus dan penuh nikmat untuk dikongsi bersama rakan taulan dan paling enak dinikmati selepas makan malam.

generated by system

Hanya 3,888 dekanter Scotch mewah edisi terhad bernombor yang boleh dikumpul telah dikeluarkan dengan setiap satunya mengandungi wiski yang sukar didapati dan berharga, dimatangkan sekurang-kurangnya selama 28 tahun. Dibuat untuk dinikmati selepas makan malam, atau menghampiri detik 'tengah malam', 28 Year Old Midnight Blend mempunyai lapisan butterscotch, karamel dan tofi, diimbangi dengan rasa buah-buahan dan sedikit rempah.

Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge berkata: "Wiski yang dimatangkan selama 28 tahun adalah jarang didapati dan amat istimewa. Dalam pencarian kami untuk mendapatkan rasa dan sifat yang diperlukan untuk Scotch mewah yang penuh nikmat seperti Midnight Blend, kami amat bertuah kerana mendapat akses kepada beberapa tempat simpanan paling matang yang terhasil dari empat pelosok Scotland. Setiap malt dan bijirin yang digunakan dalam wiski terakhir menambah lapisan rasa kepada 28 Year Old Midnight Blend, meninggalkan campuran rasa buah-buahan, manis dan rempah serta menjadikannya tambahan terakhir yang hebat kepada Koleksi Peribadi."

Bekerjasama erat bersama-sama rakan pengadun Craig Wallace, Jim mencuba beratus-ratus wiski malt dan bijirin tunggal terbaik yang akhirnya memilih sendiri hanya beberapa wiski yang sukar didapati dengan sifat yang diperlukan untuk Scotch yang begitu halus dan penuh nikmat seperti ini.

Koleksi Peribadi John Walker & Sons pertama kali dilancarkan pada tahun 2014 dan mempunyai keluaran terhad dalam kelompok kecil, dihasilkan menggunakan tong kayu daripada bahagian tempat simpanan Johnnie Walker yang paling berharga yang telah menghasilkan wiski dengan kualiti luar biasa.

Edisi Terkini (42.8%), 28 Year Old Midnight Blend, paling baik dihidangkan tanpa sebarang campuran, dalam gelas brandi, digosokkan dengan tangan untuk menghangatkan wiski secara perlahan-lahan dan mengeluarkan aroma tersendiri. Untuk hidangan yang benar-benar menarik, nikmatinya dengan sepotong coklat gelap.

28 Year Old Midnight Blend akan didapati mulai November di lokasi-lokasi terpilih dengan cadangan harga jualan $750 RSP.

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services